Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015 - MV Agusta telah mengeluarkan gambar rasmi pertama dan spesifikasi MV Agusta F3 RC 800 dan MV Agusta F3 RC 675, kedua-dua mesin edisi terhad, dengan pengeluaran terhad kepada hanya 250 unit dan 100 unit. Ini adalah mesin replika perlumbaan oleh Jules Cluzel dan Lorenzo Zanetti di kejohanan World Supersports Series (WSS).

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015
 
Kedua-dua F3 RC di kuasai oleh enjin 3 silinder sebaris DOHC MV, 4-injap setiap silinder yang mempunyai injap titanium, aci engkol lawan putaran, slipper clutch dan MVICS. Menghasilkan 128 kuasa kuda pada 14,500rpm, manakala F3 RC 800 menghasilkan 148bhp pada 13,000 rpm. F3 RC 675 mampu menghasilkan kelajuan maksimum 260kph udan 270kph untuk F3 RC 800, ini memang mengagumkan.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Kedua-dua model F3 RC di kawal sistem MVICS (Sistem Kawalan Bersepadu Motor & Kenderaan). MVICS mengawal F3 RC dengan ride-by-wire throttle management system, ABS dan kawalan cengkaman 8-tahap. Casis, dengan gabungan tiub keluli jenis berjejari, di gabungkan dengan plat sisi aluminium dan swingarm aluminium tunggal sebelah, yang memberikan ketegaran optimum untuk jalanan. Tugas suspensi di kendalikan oleh fork depan Marzocchi 43mm dan monoshock Sachs di belakang yang boleh di  laras sepenuhnya.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Kuasa brek depan di kawal cakera berkembar 320mm, dicengkam bersama angkup Brembo Radial-Mount monobloc, yang memberikan FC R3 daya kuasa berhenti yang besar. Tayar dari jenis Pirelli Diablo Rosso Corsa bersaiz (120/70-ZR17 di bahagian hadapan dan 180/55-ZR17 di belakang) memberikan jumlah cengkaman yang besar, dan penunggang pakar boleh megambil sudut miring sehingga mencecah siku! itu pun jika di lakukan di trek dan keadaan yang tepat.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Semua 350 unit edisi terhad F3 RC (100 unit untuk 675, 250 unit untuk 800) akan datang dengan plat ketulenan yang disahkan, yang ditandatangani oleh Presiden MV Agusta Presiden, Giovanni Castiglioni. Harga? hanya 15,600 euro untuk F3 RC 675 dan 17,210 euro untuk F3 RC 800. "Terdapat banyak motosikal cantik di dunia, tetapi MV Agusta adalah sesuatu yang lain," menurut kenyataan akhbar dari syarikat yang berpangkalan di Varese.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Dan di bawah, merupakan gambar rasmi MV Agusta F3 AMG 'Solar Beam' model yang telah di pamerkan di 66 IAA Frankfurt Motor Show di Jerman bulan ini. Dengan Mercedes-AMG dan MV Agusta mengukuhkan hubungan perkongsian mereka, F3 ini mengambil warna terkini dari Mercedes-AMG GT. Kita lihat apakah persembahan mereka di EICMA Milan bulan depan.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon