Honda CBR500R 2016 Di Lancarkan - Gaya Luaran Di Pertingkatkan

Honda CBR500R 2016 di lancarkan - gaya luaran di pertingkatkan pada hari ini di pameran AIMExpo di Orlando, Florida. Sejak di perkenalkan, model CBR500R menjadi popular dengan pelbagai pelanggan menjadikan CBR500R sebagai model yang menyeronokkan di samping harga berpatutan.

Honda CBR500R 2016

"Untuk 2016, CBR500R menerima kemas kini yang menarik, dan kami gembira untuk mengumumkan di sini di AIMExpo," kata Lee Edmunds, Pengurus Motosikal Marketing Communications di American Honda.

Honda CBR500R 2016


Di katakan sebagai "striking updates" pada Honda CBR500R 2016 seperti yang Edmund nyatakan. Bodywork di kemaskini kembali, lampu LED dan taillamp, sistem ekzos baru yang lebih ringan dan menawarkan pemusatan massa lebih baik, brek tuil hadapan boleh laras, tangki bahan api yang lebih besar dan fork depan baru dengan spring boleh laras.  

Honda CBR500R 2016

Honda CBR500R 2016 tersedia warna merah, hitam matte dan putih, dan jangan lupa pasti hadir dengan aksesori aftermarket hebat yang pasti memerlukan credit card anda sebagai perantara hubungan hebat motorsikal dan anda. Boleh di dapati di bilik pameran Honda seawal tahun depan. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

4 comments


EmoticonEmoticon