Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 Di Lancarkan - Di kemaskini Untuk Terus Hebat

Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 Di Lancarkan - Di kemaskini Untuk Terus Hebat dan ini adalah model terbesar dan terkuat Kawasaki dengan kuasa 200bhp dan kelajuan tertinggi 320kph! Di Malaysia juga merupakan antara kelompok peminat Kawasaki Seperti tidak jauh beza antara ZX14R 2015 dengan ZX-14R 2016 terbaru ini.

Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 Di Lancarkan

Setelah Kawasaki mengumumkan barisan model Kawasaki yang telah di kemaskini untuk 2016, kini Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 (juga di rujuk sebagai ZZR1400 dalam banyak pasaran) menerima kemaskini terbaru termasuk brek Brembo dengan angkup monobloc 4 omboh, brek keluli tahan karat, panel instrumen LCD baru dan kemasan cat baru.

Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 Di Lancarkan

Mungkin kemaskini terbaru bagi model ZX-14R 2016 seperti tidak cukup memuaskan hati apatah lagi mesin yang berkuasa 200 kuasa kuda dengan enjin 4 silinder sebaris 1441cc ini, tetapi dengan kedudukan menunggang yang agak sporty di samping dengan elemen touring sebenarnya mampu membuatkan mana-mana penunggang mencapai angka 320kph dengan syarat hati mesti kering!!!

Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 Di Lancarkan

Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 turut di lengkapi dengan sistem slipper clutch, 2 mode kuasa, sistem ABS dan 3 sistem kawalan tahap cengkaman- segala kelengkapan ini cukup untuk menjaga keselamatan penunggang dan tidaklah begitu rumit untuk di gunakan, namun apa yang penting tunggang yang cermat dan berhemah di perlukan untuk mengendalikan mesin sehebat ZX-14R ini.

Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 Di Lancarkan

Kawasaki Ninja ZX-14R 2016 di datangkan dengan warna baru matt carbon gray, juga terdapat model ZX-14R SE. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat


EmoticonEmoticon