Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

Kawasaki ZX-10R 2016 di lancarkan di Barcelona bertempat di The Teatre Nacional de Catalunya dan di persembahkan kepada media pada petang Khamis baru ini.
 
Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

Setelah Jonathan Rea menguasai kejuaraan World Superbike musim 2015 ini dalam kategori penunggang dan Kawasaki menjuarai kateogri pengeluar, Kawasaki ZX-10R 2016 terbaru ini adalah ilham dari teknologi mesin Kawasaki WSBK yang di juarai musim ini seperti yang di sahkan oleh Yoshimoto Matsuda, Ketua Projek KHI (Kawasaki Heavy Industries).

Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

Kawasaki ZX-10R 2016 yang di kuasakan enjin 4 silinder sebaris, DOHC sejukan cecair dengan suntikan bahan api menghasilkan 147,1 kW (200 PS). Kepala silinder di kemaskini dan crankcases dari jenis baru. Pecutan dari sudut keluar selekoh lebih baik berbanding sebelum ini dengan peningkatan ketara  pada kuasa RPM rendah dan pertengahan.

Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

Kotak udara lebih besar dan nisbah gear kini di semak semula. Enjin model baru ini berputar lebih cepat dengan aci engkol yang lebih rendah daya inersia, hasilnya, inersia kini telah menurun sebanyak 20% jika di bandingkan dengan model sebelumnya.Injap pendikit elektronik juga baru, sistem ekzos titanium baru dan rangka yang baru dengan sudut kedudukan extractor eksoz juga di semak.

Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

Pada sudut visual di hadapan ZX-10R ini, cowling baru menawarkan peningkatan perlindungan angin kepada penunggang, manakala sistem brek baru daripada Brembo dan teknologi baru Advance Balance Free Front Fork daripada Showa, teknologi suspensi ini di guna secara terus dari pasukan Kawasaki Racing di WSBK, mengikut maklum balas yang lebih musim 2015 dari Rea dan Sykes serta ketua dan kru, Pere Riba dan Marcel Duinker.

Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

"Ia adalah hebat," kata juara 2015 Jonathan Rea. "Sebaik sahaja saya menunggang ZX-10R ini pada November tahun lepas, saya membuat beberapa komen di kawasan-kawasan yang kita boleh menjadi lebih baik.

Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

"Jelas sekali, ZX-10R baru ini lebih baik dari maklum balas yang di berikan. Ia adalah satu langkah besar ke hadapan dalam teknologi dan saya fikir, bahawa pembangunan ZX-10R versi jalanan ini hampir sebagus mesin perlumbaan.

Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

Kita perlu melalui ujian musim sejuk yang baik - kerana ketika itu mesin agak berbeza - untuk memahami dan sempurnakan dan supaya saya selesa di atasnya. Selepas itu, mudah-mudahan kita boleh membuat satu langkah ke hadapan dengan prestasi dan akan lebih pantas lagi! "

Kawasaki ZX-10R 2016 Di Lancarkan Di Barcelona

I'm Big Fan Of Motorcycles

3 comments

Memang sexy betul model 2016. Boleh tenggelam H2.

ZX-10 lebih baik, lagipun juara dunia


EmoticonEmoticon