Yamaha YZF-R1 60th Anniversary Di Lancarkan Dan YZF-R1M 2016 Akan Kembali

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary di lancarkan dan YZF-R1M 2016 akan kembali - kali ini mendapat sentuhan warna ikonik GP Yamaha era 70an putih-hitam-kuning yang kelihatan menakjubkan. Kita perlu akui, sebagai peminat R1, Yamaha YZF-R1 60th Anniversary dengan warna dan ekzos Akrapovic semangnya seni yang hebat!

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary

" Dengan inspirasi dari enjin dan casis Yamaha M1 MotoGP, bersama-sama dengan perubahan sistem elektronik, R1 baru akan memberi pengalaman menunggang supersport paling menyeronokkan dan memuaskan " menurut Yamaha. YZF-R1 baru akan berada di pengedar Yamaha pada Disember 2015 dan seterusnya.

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary

Untuk 2016, warna-warna lain juga ada termasuk Race Blu dan  Racing Red. Yamaha YZF-R1M, model edisi perlumbaan khas dan motorsikal trek untuk pasukan profesional dan pelumba berpengalaman, juga akan kembali untuk tahun 2016.

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary

Menawarkan pelbagai peralatan canggih - termasuk Öhlins Electronic Racing Suspension (ERS), bodywork, dan communication control unit (CCU) - yang membolehkan penunggang dan YZF-R1M mempunyai akses yang paling maju dengan teknologi MotoGP M1.

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary

Yamaha YZF-R1M boleh di dapati secara eksklusif melalui aplikasi dalam talian, pengeluaran pertama R1M 2015 telah habis di jual tidak lama selepas sistem di lancarkan.

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary

Sebagai tindak balas kepada permintaan yang terus kukuh untuk model berspesifikasi tinggi ini, Yamaha mengesahkan bahawa R1M sekali lagi akan di hasilkan dalam kuantiti yang sangat terhad untuk musim 2016. Pendaftaran pelanggan dalam talian di buka pada 1 Oktober, jadi jangan terlambat memesan!

Yamaha YZF-R1 60th Anniversary

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon