Edisi Khas Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015

Edisi Khas Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015 | Ini adalah sensasi yang hebat yang mungkin di tunggu-tunggu peminat Yamaha dan R25 apabila Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah melancarkan Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015 sewaktu berlangsungnya perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober 2015 yang lepas.

 Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015

Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015 menampilkan warna dan corak grafik replika model perlumbaan Yamaha YZR-M1 milik Team Movistar Yamaha MotoGP, hanya tiada no 46 dan 99 sahaja untuk melengkapi edisi terhad yang hebat ini. Lain-lain spesifikasi adalah standart seperti model asal R25.

 Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015

Masih tidak dapat di pastikan berapa unit model ini akan di keluarkan tetapi model ini sebenarnya secara eksklusif telah berada di pasaran Jepun apabila hanya 400 unit sahaja di keluarkan.

 Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015

Lebih di kenali sebagai “ YZF-R25 Movistar Yamaha MotoGP Edition” di pasaran Jepun. Model ini telah berada di pasaran Jepun sejak 20 Julai 2015 yang lalu tetapi harganya tidak pula di nyatakan.

 Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015

Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015 ini harus anda miliki jika anda peminat Valentino Rossi atau pun Jorge Lorenzo yang baru menjuarai MotoGP 2015 dengan agak drama dan juga bagi yang baru berjinak-jinak dengan model sportbike kuasa pertengahan.

 Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015

Yamaha YZF-R25 Movistar MotoGP 2015 adalah pakej terbaik dari segi kuasa dan gaya, hanya sediakan wang hantaran anda atau credit card anda untuk tambahan aksesori menarik.

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

dah ada bro, tengok kat dealer yamaha terdekat


EmoticonEmoticon