Honda Wave Alpha 2016 Di Lancarkan - Harga Asas Dari RM4132.94

Honda Wave Alpha 2016 Di Lancarkan - Harga Asas Dari RM4132.94 | Boon Siew Honda Sdn Bhd telah mengemaskini model baru Honda Wave untuk pasaran Malaysia dengan melancarkan Honda Wave Alpha 2016 yang telah di pertingkatkan gaya dan prestasi baru-baru ini.

Honda Wave Alpha 2016

Honda Wave Alpha di datangkan dalam dua versi iaitu varian asas dengan brek drum dan roda aloi di ikuti dengan versi sporty di lengkapi dengan brek cakera dan roda aloi cast. Tetapi kedua model ini berkongsi enjin yang sama berkuasa 109.1cc satu silinder sejukan udara yang menghasilkan 8.3hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 8.59Nm @ 5,500rpm.

Honda Wave Alpha 2016

Enjin itu di padankan dengan kotak gear empat kelajuan dengan penghantaran mesh berterusan. Lebih berkuasa daripada enjin Wave 110 yang sebelumnya, enjin baru adalah juga lebih ekonomikal kerana ia mempunyai penarafan ekonomi bahan api 51.8km / liter.

Honda Wave Alpha 2016

Honda Wave Alpha 2016 mempunyai yang ruang simpanan u-box di bawah pelana untuk lebih praktikal serta reka bentuk panel instrumen yang berwarna-warni. Lain-lain ciri reka bentuk baru, ekzos berkontur serta perlindungan kaki yang lebih baik dengan rekaan semula fairing hadapan yang lebih bergaya.

Honda Wave Alpha 2016

Honda Wave Alpha 2016 di datangkan dengan harga yang asas bermula daripada RM4,132.94 (termasuk 6% GST) manakala versi sporty berharga dari RM4, 556,94 (termasuk 6% GST). Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon