Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016 - Warna Hitam Baru Dengan Glassflakes

Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016 - Warna Hitam Baru Dengan Glassflakes | Di kuasakan oleh enjin 998cc empat silinder sebaris 200bhp, Kawasaki H2 (dan H2R 300bhp itu) kekal unik dalam dunia motosikal berprestasi tinggi. Sudah tentu, sistek supercharger yang menjadikan Ninja H2R ini unik, kerana tidak ada pengeluar motosikal arus perdana lain yang menghasilkan mesin seperti ini.

Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016

Dengan kelajuan 350-390kph tertinggi mampu di capai oleh H2R yang begitu liar, sehinggakan beberapa pengeluar juga akan cuba untuk berlawanan prestasinya.

Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016

Untuk 2016, Kawasaki akan mengumumkan spesifikasi 2016 terbaru H2 dan H2R, Kawasaki akan sekali lagi akan membuka slot tempahan terhad untuk mesin ini. Untuk 2016, H2 di lengkapi dengan sistem slipper clutch baru, manakala kedua-dua H2 dan H2R mendapatkan yang warna baru “mirror coated spark black", termasuk efek kepingan kaca pada lapisan cat pertama. Jika anda suka cat metalik yang lebih berkilat, Kawasaki telah melakukanya untuk anda.

Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016

Kawasaki juga ingin mengingatkan kita bahawa supercharger H2 / H2R ini menggunakan gear planet, berputar sehingga 130,000rpm dan boost sehingga 20.5psi, yang menyebabkan pecutan sengit - lebih berkuasa daripada apa yang enjin beraspirasi biasa mampu lakukan. Rangka keluli tuib berjejari yang di reka khas untuk memberi keseimbangan optimum antara kekakuan dan flex terkawal, untuk tahap kestabilan tertinggi pada kelajuan tiga digit, manakala reka bentuk terbuka juga membantu menghilangkan haba yang di hasilkan oleh enjin. Dan swingarm tunggal berat sebelah membolehkan paip ekzos untuk di pasang lebih dekat dengan pusat motorsikal ', menyediakan sudut ruang tinggi untuk membelok keras pada kelajuan tinggi.

Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016

Kawasaki H2 dan H2R 2016 di lengkapi dengan sistem penggantungan laras sepenuhnya depan dan belakang - fork depan KYB AOS-II 43mm dan KYB monoshock belakang di pasang melalui hubungan Uni-Trak, yang menyediakan maklum balas yang sangat baik untuk cengkaman tayar belakang.

Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016

Kawasaki juga telah memastikan bahawa Kawasaki H2 dan H2R 2016 mampu berhenti keras seperti kekuatan motor itu sendiri, dengan cakera kembar 330mm di bahagian hadapan, di cengkam oleh radial-mount 4 omboh angkup Brembo. Tambahan dengan ABS, sistem kawalan pelbagai peringkat, kawalan pelancaran untuk pecutan yang cepat dan quick-shifter untuk pertukaran gear lebih cepat. Dan peredam stereng elektronik Öhlins mengawal kemas semasa pecutan keras dan brek.

Kawasaki Ninja H2 Dan H2R 2016

Kawasaki akan menerima pesanan untuk H2R mulai dari 17 November sehingga 11 Disember 2015, dan sangat sedikit unit H2 ini di sediakan. Sila hubungi pengedar Kawasaki terdekat anda untuk maklumat lanjut.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon