KTM 690 Duke 2016 Dengan Kemaskini Dan Tingkat Taraf Terbaru - Sedia Untuk Berjuang


KTM 690 Duke 2016 Dengan Kemaskini Dan Tingkat Taraf Terbaru - Sedia Untuk Berjuang | KTM 690 Duke dan Duke R 2016 lebih berkuasa dan halus berbanding sebelum ini, dan kini mendapat pelbagai tambahan peralatan elektronik baru. Enjin satu silinder besar bukan untuk semua yang mahukan, tetapi untuk sesetengah peminat, ini adalah nikmat sebenar.


KTM telah mengemas kini model 690 Duke untuk 2016, dengan enjin satu silinder 690cc sekarang yang mematuhi euro4. Enjin motosikal satu silinder kapasiti terbesar paling berkuasa kini dalam pengeluaran (yang kini mempunyai dua aci balancer dan bukan satu), unit ini menghasilkan 73 kuasa kuda dan 68Nm tork, dan lebih lancar dan lebih halus penghantaran kuasa berbanding sebelum ini.


Selain enjin baru, geometri stereng KTM 690 Duke 2016 telah di semak semula untuk kestabilan yang lebih baik, dengan pelbagai paparan fungsi komputer, ride-by-wire throttle, panel instrumen baru dengan paparan TFT berwarna, dan track pack pilihan yang merangkumi traction control dan  mod menunggang pelbagai, termasuk mode rain dan sporty.


KTM Duke yang pertama telah di lancarkan pada tahun 1994, syarikat Austria ini (kini 47% dimiliki oleh syarikat India, Bajaj Auto) tidak pernah berhenti berkembang dan model baru 690 Duke ini adalah sportsbike yang betul dengan prestasi dan praktikal. Bagi peminat sportsbike tegar, ada juga model baru 690 Duke R, dengan ekzos Akrapovic, 75bhp dan 74Nm tork (2bhp dan 6Nm lebih daripada 690 Duke standard) dan powerband yang lebih luas.


Seperti sebelum ini, KTM 690 Duke 2016 mendapat suspensi boleh laras berprestasi tinggi sepenuhnya dari WP, komponen brek daripada Brembo, casis ringan di perbuat daripada keluli krom molibdenum dan lean-angle-sensitive Bosch 9+ two-channel ABS. Dengan berat kering sekitar 145kg kering, mengunakan roda cast aluminium 17 inci dan tayar berukuran 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).


Kuasa yang besar dari enjin satu silinder bukan untuk semua orang, tetapi jika anda suka model 690 Duke sebelum ini, anda mungkin akan suka model 2016. Berapakah harga KTM 690 Duke 2016? sekitar RM 38777 mungkin dalam harga yang bagus untuk prestasi hebat sebegini.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon