Suzuki SV650 2016 - Streetnaked Teringan Di Pasaran

Suzuki SV650 2016

Suzuki SV650 2016 - Streetnaked Teringan Di Pasaran | Suzuki SV650 ini kembali berada dalam barisan model terbaru Suzuki untuk 2016, dan sekali lagi, ia kelihatan seperti mesin yang sesuai untuk sesiapa yang baru sahaja bermula dengan mengenal mesin berkuasa tinggi. 

Suzuki SV650 2016

Di kuasakan enjin 645cc V-twin yang telah di kemaskini dengan teliti untuk 2016 (Suzuki menyatakan terdapat lebih daripada 60 komponen baru dan di reka semula), dengan kuasa dan tork meningkat kepada 75bhp dan 64Nm, di samping 73.5mpg dari segi ekonomi bahan api.

Suzuki SV650 2016

Menyentuh mengenai spesifikasi Suzuki SV650 2016. Model ini adalah yang pertama mengunakan Suzuki's Low RPM Assist - apabila motor baru di hidupkan atau bergerak pada rpm rendah, sensor mengaktifkan sistem 'kawalan kelajuan melahu', yang menjadikan rpm enjin lebih lancar dan beroperasi lebih mudah dalam pelbagai rev rendah. Terdapat juga sistem baru ekzos, radiator, panel instrumen LCD dan ABS sebagai alatan standard.

Suzuki SV650 2016

Jurutera Suzuki telah bekerja keras untuk mengurangkan berat Suzuki SV650 2016 turun ke bawah 200kg, dan kini 8kg lebih ringan berbanding model lama. Terdapat beberapa perubahan reka bentuk walaupun tidak terlalu dramatik, tetapi cukup untuk mengekalkan gaya kontemporari Suzuki SV650 sebelum ini.

Suzuki SV650 2016

Jika anda menyukai gaya Suzuki SV650 2016 baru ini di samping praktikal dan pelbagai guna, anda akan mendapatkan model ini di salah satu di bilik pameran Suzuki dari bermula dari Mac 2016 dan seterusnya. Harganya? Masih lagi TBA.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon