Benelli Loencino 2016 Pesaing Terbaru Kelas Scrambler

Benelli Loencino 2016 Pesaing Terbaru Kelas Scrambler setelah Triumph, Ducati, BMW, Moto Guzzi masing-masing telah tampil dengan model kelas scrambler. Syarikat legenda Itali yang kini milik Cina ini telah mencipta klon pesaing Ducati Scrambler dengan Leoncino baru yang di kuasakan oleh enjin berkembar selari 500cc DOHC sejukan cecair dengan suntikan bahan api yang menghasilkan 48bhp dan 45Nm tork. Enjin ini mematuhi spesifikasi peraturan Euro4.

Benelli Loencino 2016 Pesaing Terbaru Kelas Scrambler

Casis adalah dari jenis tuib keluli, manakala sistem suspensi jenis USD fork 50mm di depan dan spring boleh laras monoshock di belakang. Benelli Leoncino 2016 mempunyai tangki 15 liter, transmisi 6-kelajuan.

Benelli Loencino 2016 Pesaing Terbaru Kelas Scrambler

Cakera berkembar 320mm di bahagian hadapan dengan radial-mount 4 omboh untuk kuasa berhenti yang hebat! Lampu dari jenis LED dan berat 170kg tanpa muatan. Roda depan saiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) roda, dengan tayar berukuran saiz 110/80 dan 150/70 belakang.

Benelli Loencino 2016 Pesaing Terbaru Kelas Scrambler

Benelli Leoncino 2016 kelihatan mampu menarik perhatian, walaupun gaya mirip Ducati Scrambler. Namun, jika anda sentiasa mahu yang scrambler murah dan ceria untuk tunggangan pagi Ahad, ini mungkin model yang tepat. Akan menjadi menarik untuk melihat model terbaru 2016 mampu atau tidak bersaing di pasaran.

Benelli Loencino 2016 Pesaing Terbaru Kelas Scrambler

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

1 comments so far


EmoticonEmoticon