Benelli TnT25 2016 Berharga RM12,990?

Benelli TnT25 2016 Berharga RM12,990? itulah yang di nyatakan Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) selaku pemasang dan pengedar motosikal jenama Benelli dan Keeway di Malaysia yang akan melancarkan sebuah model baru TnT25 pada pertengahan bulan Januari ini.

Benelli TnT25 2016 Berharga RM12,990?

Benelli TnT25 adalah model naked sport terbaru dari keluarga Benelli di mana sebelum ini pasaran tempatan telah pun di perkenalkan dengan model TnT300, TnT600 dan TnT899 dan TreK 1190. Beberapa buah negara termasuk Itali, India, Thailand dan Indonesia telah pun mula memasarkan model ini sejak November lalu. Kemasukannya ke Malaysia adalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahu menaik taraf kelas motosikal dari cub ke naked sport.

Benelli TnT25 2016 Berharga RM12,990?

Benelli TnT25 menggunakan enjin silinder tunggal selain beberapa perubahan kecil di lakukan terhadap model baru ini seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, sistem gantungan teleskopik terbalik 41mm dan sistem brek cakera tunggal 280 mm.

Benelli TnT25 2016 Berharga RM12,990?

Model tersebut didatangkan dalam tempoh jaminan selama setahun atau 10,000 kilometer (yang mana datang dahulu) dan tempoh jaminan boleh dilanjutkan lagi untuk tiga bulan dengan syarat pemilik harus mendaftar pembelian melalui laman web BKM iaitu www.benelli.keeway.my

Benelli TnT25 2016 Berharga RM12,990?

Benelli TnT25 2016 akan dijual pada harga RM12,990 (tidak termasuk GST) dan didatangkan di dalam dua warna pilihan iaitu merah dan hijau. Ok la tu harga pun menarik, kaler pun menarik dah tu...

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon