Benelli Tornado 302 2016 Di Lancarkan Di EICMA

Benelli Tornado 302 2016 Di Lancarkan Di EICMA, bakal pesaing kuat Yamaha, Honda, Kawasaki dan KTM. Motorsikal sports kapasiti kecil dengan fairings penuh kini semakin popular di pasaran Asia seperti Honda CBR250 / 300, Yamaha R25, Kawasaki Ninja 250/300 dan KTM RC390.

Benelli Tornado 302 2016 Di Lancarkan Di EICMA

Dan kali ini muncul pesaing baru kelas sports 250/300 iaitu Benelli ke pasaran besar Asia dengan Tornado 302 baru, sportsbike Benelli kapasiti kecil dengan fairing penuh selepas Tornado 1130.

Benelli Tornado 302 di kuasakan oleh enjin 300cc selari berkembar 8-injap DOHC sejukan cecair, yang menghasilkan 35 kuasa kuda dan 27Nm tork dengan sokongan rangka tiub keluli sebagai casis utama. 

Transmisi adalah enam kelajuan, fork depan jenis USD 41mm, monoshock belakang jenis spring boleh laras, kuasa berhenti dari jenis disc berkembar 260mm di bahagian hadapan dengan angkup 4 omboh, tangki bahan api adalah 14 liter, roda aloi 17-inci (110/70 dan 150/60 getah), dan pilihan ABS melengkapkan pakej. Mesin yang agak berat dengan berat kering 180kg.

Benelli Tornado 302 2016 Di Lancarkan Di EICMA

Benelli Tornado 302 akan berada di bilik pameran Benelli di seluruh dunia pada pertengahan 2016 dan akan di tag harga hampir sama dengan model Jepun, Korea dan Eropah. Adakah Benelli Tornado 302 2016 bakal menjadi model terbaru 2016 terbaik? Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

Mungkin gayanya tak dapat bersaing dengan Yamaha n Kawasaki, tapi prestasi boleh tahan


EmoticonEmoticon