Yamaha Vmax 2016 Bersedia Menguasai Jalanraya

Yamaha V-Max 2016 Bersedia Menguasai Jalanraya dengan hanya harga asas RM 78555.05, anda kini boleh membawa pulang Yamaha Vmax 2016, yang tidak keterlaluan di katakan sebagai motorsikal berprestasi tinggi dalam dunia motosikal.

Yamaha Vmax 2016

Dengan hampir 200 kuasa kuda dari enjin 1679cc sejukan cecair 16 injap DOHC V4, Vmax mempunyai kuasa pecutan sehebat Superbike walaupun agak berat, tetapi berkemampuan untuk meratah mana-mana selekoh pergunungan dengan cukup baik. 

Yamaha Vmax 2016

Dengan pendikit Ride-By-Wire, slip klac, bingkai rangka aluminium yang lebih ringan, suspensi depan dan belakang boleh laras sepenuhnya, inilah Cruiser sebenar yang bercirikan Sportbike. Apa yang boleh anda dapat dengan Vmax 2016 - suspensi boleh laras sepenuhnya jenis katrij 52mm, dan juga suspensi belakang jenis  'monocross' boleh laras, cakera brek berkembar 320mm di bahagian hadapan dengan silinder induk Brembo dan radial-mount monobloc 6 angkup piston, ABS adalah standard dan rim aloi 18 inci dengan tayar bersaiz 120/70 (depan) dan 200/50 (belakang).

Yamaha Vmax 2016

Bagi Vmax 2016, terdapat juga lampu LED pada turn-petunjuk dan lampu belakang, panel instrumen pelbagai fungsi dengan OLED, dan pilihan warna yang baru termasuk warna kuning ulang tahun ke 60 Yamaha dan hitam Yamaha.
Yamaha Vmax 2016

Dengan tangki bahan api 15 liter dan kecekapan bahan api 11.5kpl, Vmax mampu membawa anda sejauh hanya 172km (mungkin kurang jika motosikal di tunggang keras), tetapi selagi ada banyak stesen minyak di mana anda akan menunggang, Yamaha Vmax 2016 akan membawa anda dengan pantas dan cepat. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far


EmoticonEmoticon