Honda NC750S 2016 Di Kemaskini Mematuhi Peraturan Euro4

Honda NC750S 2016 Di Kemaskini Mematuhi Peraturan Euro4, dengan tweak yang lebih luas untuk enjin dwi silinder berkembar untuk mematuhi peraturan euro4. Honda NC750S 2016 juga mendapat panel instrumen LCD baru, lampu LED, perisian juga di kemaskini untuk transmisi automatik dwi klac (DCT, dengan mod M untuk penukaran gear manual klac dan S untuk peralihan automatik) dan sistem ekzos baru.


Tangki bahan api model ini sebenarnya adalah dalam bentuk simpanan petak 21 liter yang boleh memuatkan topi keledar muka penuh, dan ciri ini masih berguna seperti biasa. Sistem DCT yang di gunakan pada model NC750S 2016 kini mempunyai Adaptive Clutch Capability Control yang menguruskan jumlah tork klac yang di hantar. Ini menambahkan lebih kawalan rasa clutch yang semula jadi apabila membuka atau menutup pendikit, untuk perjalanan yang lebih lancar.


Perbaikan yang lain termasuklah sistem operasi suis ND menghidupkan pencucuhan lebih cepat dan sistem kawalan dalam mod AT untuk mengukur sudut pendakian atau penurunan, dan menyesuaikan corak peralihan sewajarnya. Sangat pintar dan, sememangnya itulah yang di terapkan dalam model pintar Honda.


Di kuasakan enjin sejukan cecair SOHC, 8-injap 745cc parallel-twin yang menghasilkan 54bhp dan 68Nm tork, dan dengan sistem PGM-FI Honda yang maju mampu mengembalikan 28.6kpl dari segi kecekapan bahan api. Dengan tangki bahan api underseat yang menampung 14.1 liter, model ini sangat fleksible untuk perjalanan 400 km.


Pilihan warna untuk Honda NC750S 2016 termasuk hitam, putih dan merah. Terdapat juga dua pilihan edisi khas - hitam grafit, dengan lampu LED, jalur merah tambahan dan roda merah, dan edisi khas matt grey metal dengan lampu LED, jalur tambahan dan bingkai perak. Honda NC750S 2016 harga masih belum rasmi, namun model ini di lihat mampu menarik perhatian bagi yang baru mahu bermula dengan model kuasa pertengahan.

I'm Big Fan Of Motorcycles

4 comments

So cool. i like this motor
--------------------------------------------------------------------
Chuyên phân phối xe chevrolet chính hãng, xe chevrolet Cruze, Spark với giá tốt nhất
Nhà phân phối xe chevrolet Việt Long

Rode this bike on a 2 weeks road trip from UK to Italy before..Pretty decent although I'd say it is not suitable for that kind of long distance.

Good for beginner with few years of mopped experience.

Good feedback, thank you


EmoticonEmoticon