Honda CBR 250RR Akan Di Lancarkan Di Indonesia Oktober 2016?

bakal di lancarkan di indonesia 2016

Pasti ramai peminat permotoran yang tidak lena malam melihat keanggunan gaya dan 5 warna Honda CBR 250RR yang di tampilkan baru ini kan? Mungkin masih ramai peminat permotoran yang tidak tahu bahawa CBR 250RR bukanlah model konsep semata tetapi ianya hampir pasti kenyataan apabila kenyataan media Indonesia melaporkan Honda CBR 250RR Akan Di Lancarkan Di Indonesia Oktober 2016?

Ya di Indonesia, tetapi kenapa di sana? Walaupun Honda masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, desas desus dari media permotoran di Indonesia hangat memperkatakan CBR 250RR 2016 bakal di lancarkan yang pertama di pasaran dunia di Indonesia kerana specs pasaran Indonesia yang besar dan luas selain Thailand dan India di Asia. Hebat kan?

Masih ramai juga yang kabur bahawa CBR 250RR menampilkan enjin dwi silinder 250cc dengan spesifikasi paling tinggi pernah di cipta untuk produksi jalanan sebenarnya. Dan bukan model satu silinder yang di sangkakan seperti sesetengah pihak. Ingat lagi Yamaha R25? ramai yang sangka model konsep semata-mata dan bukan untuk produksi jalanan, tetapi kini? lihat di sebelah anda....

Honda CBR 250RR 2016 juga khabarnya di datangkan dengan 4 warna pilihan merah, hitam, putih dan skim warna Repsol. Mungkinkah Honda CBR 250RR di pasaran Malaysia hujung tahun 2016 ini atau selewatnya tahun depan? Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, kami mahukan satu unit warna Repsol...



I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon