Honda Winner 150 2016 Di Lancarkan Di Vietnam


Honda Winner 150 2016 Di Lancarkan Di Vietnam | Kejutan besar dari Honda! Semua peminat permotoran tahu yang Honda tak akan berdiam diri untuk melihat Yamaha dengan Y15ZR terus mendominasi segmen pasaran moped di Asia.

Sebelum ini khabar dari media permotoran Indonesia mengenai model Honda Supra X150, tetapi agak mengejutkan apabila Honda memilih Vietnam sebagai negara pertama di Asian yang menerima moped 150 dari Honda ini. 

Mungkin faktor pasaran segmen moped di Vietnam makin berkembang membuatkan ianya di beri penghormatan. Kami menjangka ianya akan di lancarkan di Indonesia dan Thailand selepas ini dan kemudian Malaysia, mungkin akan di kenali sebagai Honda Dash 150?

Menyentuh sedikit spesifikasi Honda Winner 150 ini, ianya di kuasakan enjin 1 silinder 150cc, DOHC sejukan cecair dengan suntikan bahanapi PGM-FI bersama 6 gear kelajuan. Nampaknya Suzuki Belang 150 menemui pencabar sebenar kali ini. Lengkap dengan suspensi monoshock dan brek cakera depan belakang yang pasti memberikan pengedalian dan kuasa henti yang cekap.

Rekaan Honda Winner 150 ini sememangnya menampilkan gabungan elemen sporty dan aerodinamik yang akan memaksimumkan prestasi Winner 150 ini. Melihat pada spesifikasi Honda Winner 150 ini secara kasar pasti anda dapat mengagak ianya mungkin dapat mengatasi Suzuki Belang dan Yamaha Y15ZR.








I'm Big Fan Of Motorcycles

8 comments

Eh tak perasan pulak ade mention kt artikel. Kehkeh

Bilakah agaknya model ni nak masuk Malaysia...Vietnam dan Indonesia lagi advance...

Boleh x bro buat artikel tentang kapcai terbaik bwh 10k suku pertama 2016...ramai tgh mencari artikal ni

Teruskan artikal berguna ini dan pastikan kesahihan artikal itu . Selamat maju jaya .


EmoticonEmoticon