KTM RC 390 2016 Dengan Sistem Ekzos Baru, Mematuhi Peraturan Euro 4


KTM RC 390 2016 Dengan Sistem Ekzos Baru, Mematuhi Peraturan Euro 4 | KTM telah melancarkan model RC 390 2016, yang telah di semak semula untuk memenuhi peraturan Euro 4. 

Sistem ekzos RC 390 sebelum ini telah di integrasikan ke dalam fairing / bellypan, kini telah di gantikan dengan unit lebih besar yang menggabungkan catalytic converter dalam muffler. Memberikan gaya baru sama sekali dan memastikan RC 390 mengurangkan jumlah pelepasan asap beracun. KTM juga mendakwa bahawa perubahan sistem ekzos baru ini tidak sedikit pun menjejaskan prestasi sedia ada.

KTM RC 390 2016 di kuasakan enjin 1 silinder 373cc sejukan cecair dan suntikan bahan api dengan berat hanya 36 kilogram, kini di lengkapi sistem pengurusan pendikit ride by wire bagi mengawal kuasa kuda 44bhp lebih efisyen. RC 390 ini juga lengkap dengan slip klac, cakera brek 320mm di bahagian hadapan, tuil span boleh laras, cermin sisi lebih besar dan seat penunggang dan penumpang lebih empuk bagi memastikan keselasaan jarak jauh. 

Casis jenis steel-tube trellis frame dan swingarm jenis cast aluminium RC 390 ini kekal tidak berubah, dan KTM RC 390 masih sportsbike terbaik dari segi pengendalian dalam segmennya dengan margin yang adil. 

Bagi mereka yang mahukan RC 390 versi perlumbaan, KTM juga telah membangunkan versi trek ready, RC 390 CUP. Harga dan spesifikasi penuh KTM RC 390 2016 akan di umumkan tidak lama lagi.





I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon