Warna Baru Dan Model Terakhir Yamaha Y125ZR 2016


Warna Baru Dan Model Terakhir Yamaha Y125ZR 2016 | Tidak pasti sama ada 3 warna baru Yamaha Y125ZR ini adalah sigfikasi kepada pengakhiran model Yamaha 125Z ini, kerana desas desus mengenai model 125Z ini akan di tamatkan pengeluaran menerusi 3 warna baru yang akan di perkenalkan kini akhirnya menjadi kenyataan.


Ya mungkin ini adalah legasi terakhir kepada model lagenda 2 lejang Yamaha yang cukup berjaya dan berpengaruh di Malaysia di saat pengeluaran pertama pada tahun 1998. 18 tahun di pasaran Malaysia dengan pelbagai versi dan warna selain penambah baikkan, sentiasa menjadikan 125Z model kegilaan remaja bagi setiap generasinya.


Merupakan model moped pertama di Malaysia yang memperkenalkan kerangkan Deltabox kukuh dan sistem ekzos dengan pemangkin asap Catalyzer. Penerapan ciri-ciri hebat lain seperti sistem brek depan belakang di samping bentuk menarik dan aerodinamik menjadikan 125Z pilihan terbaik.


Dan sebagai penghormatan kepada model hebat ini, Hong Leong Yamaha telah mengeluarkan 3 warna baru yang pasti akan menjadi rebutan dan "rare" bagi peminat setia mereka. Warna kuning hitam, biru Yamaha dan merah hitam pasti akan panas! Awas hati-hati jangan tinggalkan Yamaha Y125ZR edisi istimewa dan terakhir di tempat yang sunyi...


Dapatkan maklumat di dealer Yamaha terdekat dengan anda.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon