Benelli TNT 750 Akan Datang Akhir Tahun Ini?

Sumber dari Australian Motorcycle News menyatakan Benelli TNT 750 akan datang akhir tahun ini? tetapi tidak di nyatakan bilakah tarikh sebenar akan di rasmikan dan juga spesifikasi Benelli TNT 750 ini masih lagi menjadi rahsia.

Benelli TNT 750

Setelah Benelli cukup berjaya dengan model naked streetbike TnT600 yang merupakan model 600cc paling murah di pasaran ketika ini, kali bagi meneruskan kesinambungan kejayaan, TNT 750 di pertaruhkan sebagai senjata terbaru bagi menyaingi kelas naked streetbike.

Melihat gambar di atas, sudah pasti TNT 750 di kuasakan enjin 4 silinder 750cc, DOHC sejukan cecair dan suntikan bahan api, walaupun konfigurasi sebenar masih belum di dedahkan, mengunakan casis teralis di gabung bersama sub frame dan swing arm yang hampir sama dari model TNT 1130R.

Fork depan lebih besar lengkap dengan sistem brek radial mount dengan sepasang cakera besar, di samping sistem monoshock dan sepasang tayar besar memberikan bayangan bahawa mesin ini cukup berkuasa.

Melihat dari rekabentuk dan warnanya sudah pasti mampu memikat pada sesiapa sahaja yang memandang, pasti peminat permotoran tidak sabar menunggu Benelli TNT 750 jika ianya benar!

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon