Modenas 150cc Bakal Di Lancarkan?

Modenas 150cc Bakal Di Lancarkan? betul ke...itulah yang pernah di nyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi Modenas pada Ogos 2014 lalu, yang telah mengesahkan bahawa syarikat permotoran tempatan itu kini membangunkan enjin mereka sendiri berkapasiti 150cc, untuk pengeluaran model moped terbaru mereka.

Modenas 150cc

Melihat kepada trend pengeluaran moped terkini, tidak hairan jika Modenas juga turut turun bersaing setelah melihat Suzuki Belang 150 antara yang mula mendapat perhatian di ikuti Yamaha dengan Y15ZR yang terus mencetuskan fenomena tersendiri dan kini Honda mungkin dengan dua model sekaligus iaitu Winner 150 dan RS Sonic.

Pasti yang akan steptikal dengan kenyataan begini kan? mana mungkin Modenas mengeluarkan moped 150cc sedangkan Modenas tidak pernah memberikan sebarang petunjuk yang kukuh mengenai usaha mereka membangunkan moped 150cc terbaharu, yang menyebabkan ramai peminat sangsi sama ada model tersebut wujud atau pun tidak.

Namun dari sumber yang boleh di percayai yang di rahsiakan, fasa pembangunannya ketika ini telah sampai ke ujian terakhir. Mungkin model 150cc itu telah siap sepenuhnya dengan enjin 150cc cuma perlu melalui ujian demi ujian bagi mendapat pelarasan terbaik dan juga dari segi ketahanan sebelum ianya di keluarkan di kilang Modenas di Gurun, Kedah.

Buat masa ini pihak Modenas masih belum memberi bayangan mengenai model 150cc ini dan juga khabar angin mengenai tarikh pelancaran moped 150cc ini juga masih belum kedengaran, kita bersangka baik, mungkin Modenas mahu lakukan sesuatu gimik dan kejutan? sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia yang sering mengeluh pengeluar Nasional ini kurang bersaing agresif dalam mengeluarkan model-model yang mampu menyaingi model Jepun.

Kita berharap moped Modenas 150cc ini akan menjadi kenyataan dan bersaing secara serius dari segi ketahanan, kekuatan enjin dan reka bentuk bergaya dengan harga yang lebih mampu milik! itulah resepi kejayaan.

I'm Big Fan Of Motorcycles

6 comments

Harap2 jadi kenyataan..
Dunia permotoran malaysia sangat lembab..

This comment has been removed by a blog administrator.

Pemijak kaki dan gear seperti modenas Dinamik barulah cun.

idea menarik tu bos, boleh mody kalau betul model ni release

lambattt...
honda dan yamaha dah keluarkan dulu...


EmoticonEmoticon