Bentuk Sebenar Benelli TNT 750 Di Dedahkan?

Bentuk Sebenar Benelli TNT 750 Di Dedahkan? Adakah ini rupa sebenar Benelli TNT 750 yang di katakan akan datang akhir tahun ini? mungkin ye atau tidak, tetapi inilah dunia permotoran sama seperti dunia hiburan, strategi gossip akan terus membuatkan sesuatu model yang belum di keluarkan itu akan terus di perkatakan sehingga tarikh pelancaran.

Benelli TNT 750

Namun kali ini berbeza seperti sebelum ini, Zigwheels.com pula mendedahkan bentuk Benelli TNT 750 yang masih dalam prototaip, namun kali ini dengan kongfigurasi enjin yang berbeza. Di kuasakan enjin 750cc dwi silinder 8 injap, sejukan cecair dan suntikan bahan api yang di katakan berupaya menjana kuasa 100ps dengan kuasa yang lebih impresif.

Benelli TNT 750

Adakah ini bentuk dan kongfigurasi sebenar Benelli TNT 750 prototaip? Pasti tidak banyak perubahan apabila di lancarkan. Kita tunggu sahaja ianya akan di pamerkan di pameran EICMA 2016 di Itali hujung tahum ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

Alang-alang nak ciplak Duc Monster, bikinlah V-twin dulu.

Jangan la korek enjin parallel twin 300cc sampai 750cc. Bunyi cam hampasssss... taruk inline 4 600cc lagi bagus....

750cc seems promising.... tapi parellel twin tu yg buat slack sikit.. 4inline better utk naked bike mcm nih... kalo nak twin jgk kasi V-twin baru best..

tapi apesal ruma mcm monster?


EmoticonEmoticon