Honda Wave Victory 150 Bakal Di Lancarkan Di Pasaran Malaysia Jun Ini?

Honda Wave Victory 150 Bakal Di Lancarkan Di Pasaran Malaysia Jun Ini? selepas khabar angin mengenai model ini yang lebih di kenali sebagai Honda Winner 150 di negara Asean lain akan memasuki pasaran Malaysia bermula pertengahan tahun ini.

Walaupun kesahihan mengenai nama model ini masih belum di sahkan oleh pihak Boon Siew Honda sendiri, namun apa yang di lihat nama ini seakan sesuai sebagai kesinambungan model Wave yang sangat di kenali di kalangan komuniti permotoran Malaysia.


Model tersebut juga dikatakan akan dilancarkan pada minggu kedua bulan Jun 2016 dalam tempoh beberapa hari lagi, mungkin ketika ini para pelanggan kini sudah boleh menempah model tersebut di kedai-kedai motosikal di seluruh negara.

Apakah Honda Wave Victory 150 akan di lancarkan dalam masa terdekat bulan ini? bersama kita nantikan.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon