Rekabentuk Baru KTM 390 Duke Untuk 2017

Rekabentuk Baru KTM 390 Duke Untuk 2017 | Merupakan salah satu produksi dari KTM yang hangat di pasaran selepas debut pertama pada 2013. KTM 390 Duke 2017 kini akan menerima kemaskini rekabentuk gaya, dan walaupun juga dengan sedikit perubahan teknikal kecil ianya pasti akan menjadi model yang lebih segar.

Foto di atas menunjukkan KTM Duke 390 2017 dengan rekabentuk lampu depan yang baru, fairing dan juga bentuk tangki bahan api juga turut menerima sentuhan bentuk baru. Suis barhendal juga turut menerima reka bentuk baru yang di kemaskini, mungkin penambahan butang suis fungsi baru?

Di reka bentuk di Austria, tetapi pembinaan pertama telah pun bermula di kilang Bajaj di Pune India, di mana pengeluaran pertama model ini telah pun bermula dan bersedia untuk pengeluaran fasa pertama 2017.

KTM 390 Duke 2017

Dari analisis gambar di atas, KTM 390 Duke 2017 menitikkan pencerahan lampu yang sangat unik, di samping memberikan wajah gaya yang lebih agresif, sangat berbeza dengan model semasa ketika ini yang mana agak kurang selamat.

Ini menjadi petanda bahawa KTM mahu bersaing lebih sengit dengan pengeluar dari Jepun dalam segmen naked sportbike dan berusaha menjadi sedikit berbeza dari mesin jalanan dalam pasaran yang sedia ada.

Bagi pengikut dunia permotoran semasa, KTM 390 Duke 2017 pasti akan berada di pameran Intermot atau EICMA pada tahun ini. Jangan harapkan tahun ini KTM 390 Duke 2017 ini beraksi, tapi pasti ramai yang tidak sabar menunggu.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon