Honda CBR 150R 2016 Bakal Di Lancarkan Di Malaysia?


Honda CBR 150R 2016 Bakal Di Lancarkan Di Malaysia? Itulah desas desus mengenai model yang menerima penambah baikkan yang cukup ketara ini di katakan akan di bawa masuk oleh Boon Siew Honda, namun sehingga kini masih belum mendapat "hint" yang jelas dari pengeluar utama Honda Malaysia ini.


Untuk info, Honda CBR 150R 2016 telah pun di lancarkan secara rasminya di pasaran Indonesia pada Februari 2016 yang lalu, menjadikannya sebagai negara pertama di dunia yang menerima kemasukan model tersebut. Ini tidak menghairankan kerana Indonesia adalah negara pengeluar terbesar motorsikal dunia menjadi pengeluar utama dari Jepun bersaing hebat di negara tersebut.


Sehingga kini Honda CBR150R 2016 masih belum di lancarkan untuk pasaran negara-negara lain di Asean selain daripada Indonesia. Tetapi jika kelihatan di negara lain mungkin ianya model yang di import sepenuhnya.


Apa yang menarik mengenai model CBR 150R 2016 ini, ianya di datangkan dengan  prestasi lebih hebat dan reka bentuk luaran yang menerima sentuhan yang cukup berbeza dan bergaya. Di lengkapi dengan enjin DOHC sejukan cecair dan suntikan bahan api PGM Fi ini serta 6 gear kelajuan, ianya adalah model berprestasi tinggi di samping ciri pengendalian yang lebih hebat. apa yang boleh di katakan model ini pasti akan di minati oleh generasi Y di Malaysia dengan elemen-elemen perlumbaan yang terdapat pada CBR 150R ini.


Mungkin secara diam-diam Boon Siew Honda sudah merancang untuk membawa CBR 150R ini, tetapi bila dan masa masih belum jelas, tidak patut untuk kita melihat hanya rider Indonesia merasai kehebatan model Honda CBR 150R 2016 ini.


I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon