Honda CBR 250RR 2016 Akan Di Lancarkan Minggu Depan?

Honda CBR 250RR 2016 Akan Di Lancarkan Minggu Depan? Itulah berita terbaru mengenai model sports 250cc yang sangat di nantikan oleh seluruh peminat permotoran dunia seperti yang di bawakan oleh sumber yang sangat di percayai iaitu TMC Blog di Indonesia.

Honda CBR 250RR 2016 Akan Di Lancarkan Minggu Depan?


Berita mengenai kemunculan baby CBR ini telah di umumkan sendiri oleh pengimport motorsikal Honda di Indonesia iaitu Astra Honda Motor yang juga turut mengeluarkan video teaser Honda CBR 250RR minggu lepas.

TMC Blog melaporkan bahawa Honda CBR250RR akan di jual dengan harga 60 juta rupiah di Indonesia, atau $4500 USD. Jika mengambil kira pertukaran semasa nilai Ringgit di Malaysia, harga Honda CBR 250RR ini sekitar RM 17939.25... mungkin lebih dari nilai yang di nyatakan sekiranya ianya di lancarkan di Malaysia tahun ini?

Bagi peminat permotoran di Indonesia, angka ini sangat realisitik tetapi jangan kita mengharapkan yang sama mengikut kadar pertukaran wang semasa di Malaysia. Bagaimanapun yang pasti kita akan tetap melihat prestasi yang sama pada versi RR samada CBR 250 atau CBR 300.

Seperti yang di jangka, Honda CBR 250RR sememangnya untuk pasaran Asean, manakala versi 350cc sudah pasti untuk pasaran Amerika dan Eropah penghujung tahun ini. Mungkin segalanya spekulasi buat masa ini, namun pasti ramai yang mengharapkan ianya menjadi kenyataan minggu depan.

I'm Big Fan Of Motorcycles

6 comments

berapa kurun baru honda malaysia (boon siew) nk kuarkan?

Thank you for taking the time to write to us.
We appreciate your enquiry / feedback.

There is no updates at the moment for CBR250RR manufacturing year 2016.
Current available product were from previous year.

Please visit our nearest authorized dealer to get to view the bike.
Nevertheless, we always open opportunities for improvement in the future.

We will keep updating on latest information via our Official Webpage and Facebook.

Have a nice day!

Thank you.

Customer Service

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A)
721, Persiaran Cassia Selatan 1,
Kawasan Perindustrian Batu Kawan,
14100 Simpang Ampat.
Pulau Pinang, Malaysia.

Tel: 1800-88-3993
Fax: 604-5063303
Email: enquiry@bswhonda.com.my

Bila Honda Malaysia nk lancarkan motor ni??

kalau ikut features...mungkin 25k keatas??

Mungkin lebih bro jika kita tengok specs

klo lebih bek kome angkat je cbr 500 rr tu klo lebih 30k

haaa itu sepatutnya, harga tu tak jauhkan..


EmoticonEmoticon