Honda CBR 250RR 2016 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Indonesia

Honda CBR 250RR 2016 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Indonesia! Seperti yang di janjikan sebelum ini oleh Honda Indonesia melalui video teaser bayangan pelancaran model yang bakal merajai kelas sports 250cc ini, akhirnya Honda CBR 250RR di lancarkan secara rasmi hari ini.

Honda CBR 250RR 2016 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Indonesia

Bagi yang masih tidak mengetahui spesifikasi asas model ini, Honda CBR 250RR di kuasakan enjin 4 lejang 250cc, DOHC sejukan cecair, suntikan bahan api dan kotak gear enam kelajuan, di katakan CBR 250RR memiliki kuasa kuda paling tinggi dalam kelasnya ketika ini mengatasi R25.

 Honda CBR 250RR 2016 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Indonesia

Menghadirkan rekaan yang penuh agresif, mungkin ramai yang tidak sangka CBR 250RR di datangkan dengan sistem ekzos berkembar, fork depan USD bersadur warna keemasan, cukup memberi bayangan bahawa ianya adalah model yang agresif dari segi prestasi dan gaya.

Honda CBR 250RR 2016 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Indonesia

Tidak cukp dengan itu, ianya menampilkan rekaan meter besar, mungkin untuk memaparkan bacaan sistem mode tertentu? dan adakah penambahan sistem pendikit ride-by-wire juda termasuk dalam model CBR 250RR ini? Jika benar ianya pakej yang hebat!

Harga Honda CBR 250RR 2016 di Indonesia ialah Rp65juta bagi non ABS dan model ABS ialah  Rp70juta. Peminat di Malaysia sudah pasti tidak bersabar!

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

3 comments

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon