Teaser Honda CBR 250RR 2016 Kini Tersebar

Teaser Honda CBR 250RR 2016 Kini Tersebar meluas di Indonesia dengan jangkaan Honda CBR 250RR 2016 mungkin akan di lancarkan secara rasmi pada Ogos 2016 seperti yang di dedahkan oleh blog-blog permotoran terkenal di sana.

Berita baik bagi peminat mesin supersports yang sememangnya dahagakan mesin prestasi hebat dengan harga mampu milik dan menambah persaingan dalam kelas sports 250cc yang kini di rajai oleh YZF-R25.

Teaser Honda CBR 250RR 2016 Kini Tersebar

Lihat pada gambar dan video yang di pamerkan, CBR 250RR tetap mengekalkan gaya seperti yang kita lihat sebelum ini di Tokyo Motor Show 2015 dengan fokus utama adalah kuasa enjin terkuat dan terpantas dalam kelasnya selain pengendalian cemerlang di samping gaya terkini yang bakal menjadi penarik utama dalam memikat penunggang baru yang mahukan sesuatu kelainan seperti yang di bawakan CBR 250RR ini.

Melihat kepada perkataan ‘RR’ yang merujuk kepada ‘Race Replica’ atau ‘Race Ready', ianya memberi bayangan bahawa ianya mesin yang cukup serius, enjin 250cc dwi silinder DOHC, 8 injap, sejukan cecair dan suntikan bahan api ini nyata paling berkuasa dalam kelasnya dan di anggarkan mampu mencapai 49hp, lebih baik berbanding R25 yang berkuasa 45hp.

Tidak cukup dengan itu, sistem suspensi depan terbalik dengan sistem brek cakera berkelopak depan dan belakang dengan kaliper 2-piston di lengkapkan kepadanya nyata memberi maksud, bahawa ianya adalah mesin yang di reka juga untuk pengendalian cemerlang di selekoh dengan kuasa henti yang cekap.

Profil rekabentuk keseluruhan yang langsing juga memfokuskan titik kselesaan di samping gabungan elemen sport sesuai dengan kuasa dan gayanya yang lebih kepada gaya perlumbaan. Dan masih kekal dengan rekaan seperti yang di perkenalkan sebelum ini.

Masanya semakin hampir untuk kita melihat model ini di realisasikan di pasaran Asean tidak lama lagi, dengan Indonesia di beri penghormatan sebagai negara pertama menerima CBR 250RR ini. Mungkin ada peminat di Malaysia yang mempersoalkan adakah Honda CBR 250RR akan tiba di Malaysia? Jawapan mudah... Takkan Boon Siew Honda hendak biarkan saingan mereka terus merajai kelas sports 250cc ini? Tunggu dah lihat... Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon