Warna Ungu Baru Yamaha Y15ZR 2016

yamaha y15zr ungu

Hong Leong Yamaha Malaysia telah melancarkan warna ungu baru Yamaha Y15ZR 2016, yang mana varian warna baru ini adalah kombinasi ungu dan kelabu bagi menambah pilihan warna untuk model Yamaha Y15ZR yang popular ketika ini.

yamaha y15zr ungu

Warna baru ungu dan kelabu ini adalah untuk menggantikan warna hitam sedia ada di pasaran, dan akan tiada lagi warna hitam bagi model ini sehingga akhir tahun. Dan pilihan warna yang ketika ini bagi Y15ZR 2016 ialah Kelabu, Merah dan Biru.

yamaha y15zr ungu

Tidak pasti apakah strategi HLYM apabila memperkenalkan varian warna baru ungu ini pada peminat Yamaha. Mungkin lebih kepada trend semasa yang rata-rata kini lebih cendrung kepada warna elemen gelap.  Harga asas Yamaha Y15ZR 2016 adalah RM8,210.76 (asas termasuk GST). Sumber Imej

yamaha y15zr ungu

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon