Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999 (tidak termasuk GST) telah di sempurnakan oleh Penasihat Kanan Naza Group World of Company, Zakaria Ismail di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang hari ini.


Kedengaran seperti agak asing Ducati mengeluarkan model ala scrambler kan? sebenarnya tidak kerana Ducati pernah mengeluarkan model pertama scrambler pada tahun 1962 tetapi ketika itu ianya hanya di kuasakan enjin 250cc.

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

Namun untuk model Scrambler Sixty2 ini ianya di kuasakan enjin 399cc dan bukan 250cc dengan format silinder L berkembar 90 darjah dan teknologi injap Desmodronic yang tidak asing lagi bagi Ducati, ianya mampu menghasilkan kuasa kuda 41hp@8700rpm dan kuasa tork makisma pada 34.3nm@7700rpm, enjin yang kecil namun bukan calang-calang prestasinya.

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

Tidak cukup dengan prestasi enjin yang hebat, bahagian suspensi hadapan lengkap dengan fork Showa 41mm dan suspensi Kayaba sudah pasti memberi keselesaan hebat di tambah dengan bar handle yang tinggi, Sixty2 sememangnya memberi keselasaan dan santai.

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

Kuasa henti yang cekap di sokong dengan sistem brek hadapan dari brek cakera 320 mm dengan kaliper 2 piston. Manakala brek belakang cakera 245mm dengan kaliper 1 piston. Tidak perlu di ragui keupayaannya kerana ianya Brembo.

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

Menyentuh mengenai gaya, Ducati Scrambler Sixty2 sememangnya menampilkan gaya klasik model scrambler ala 60an. Bermula dari rekaan lampu hadapan bulat retro dengan gabungan mentol yang canggih, di padan dengan bentuk tangki dan ekor ianya memerikan aura kuat sebagai model klasik.

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

Ducati Scrambler Sixty2 di datangkan dengan harga asas RM49,999, menarik melihat warna oren, mungkin boleh berikan kami satu untuk bersantai hujung minggu...

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

Ducati Scrambler Sixty2 Di Lancarkan, Harga Asas RM49,999

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon