KTM RC16 2017 Di Dedahkan Di MotoGP Austria

KTM RC16 2017 Di Dedahkan Di MotoGP Austria | Ini mungkin berita permotoran paling menarik setakat ini, mungkin ramai yang tertunggu-tunggu bagaimanakah gaya dan livery mesin MotoGP KTM RC16 untuk musim MotoGP 2017 nanti, dan jawapan kepada persoalan itu terjawab apabila KTM Racing telah mendedahkan model perlumbaan mereka di MotoGP Austria semalam dan nampaknya ianya siap sedia lengkap untuk berjuang!

ktm motogp bike

Sudah menjadi identiti KTM, gabungan dua entiti besar Austria iaitu KTM dan RedBull pasti akan menjadi gabungan hebat seperti yang telah di buktikan sebelum ini, dengan skim warna biru dan oren yang sama seperti pada skuad Red Bull KTM Moto3

ktm motogp bike

Perbezaan besar sudah tentu adalah KTM RC16 ini di kuasakan enjin V4 270hp, dengan khidmat Bradley Smith dan Pol Espargaro di tagih untuk membawa mesin ini ke podium juara.

ktm motogp bike

Pada ujian MotoGP di Spielberg, KTM RC16 hanya ketinggalan dua saat di belakang Ducati masa sepusingan di trek Austria, seperti yang kita tahu, Ducati sememangnya pantas di laluan lurus, ini merupakan petanda baik bagi projek itu.

ktm motogp bike

Untuk meliha petanda adakah mesin ini mampu bersaing, perlumbaan Basikal, MotoGP Valencia akan menjadi gelanggang ujian yang terbaik di mana Thomas Lüthi dan Mika Kallio akan menunggang dengan barisan mesin MotoGP tahun ini bagi bersaing atas penyertaan wild card.

ktm motogp bike

MotoGP seterusnya di Valencia juga akan menjadi medan percubaan di mana Smith dan Espargaro akan mendapatkan tunggangan pertama mereka pada KTM RC16 ini. Sudah tentu maklum balas dari dua pelumba berpengalaman ini sangat di tagih bagi memperbaiki mesin ini lebih baik. 

ktm motogp bike

Ini akan menambahkan lagi aura prestasi tinggi pada jenama KTM yang sememangnya ‘Ready To Race’ Ini bermakna KTM akan bertarung dalam ketiga-tiga siri perlumbaan iaitu Moto3, Moto2 dan MotoGP di musim 2017.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon