Suzuki Tutup Kilang Pemasangan Motosikal Di Malaysia

Suzuki Tutup Kilang Pemasangan Motosikal Di Malaysia susulan permintaan yang lembab di pasaran Malaysia ketika ini. Tiada angin tiba-tiba seluruh peminat permotoran di Malaysia di kejutkan dengan pengumuman dari Suzuki Malaysia ini. Apakah punca yang menyebabkan penutupan jenama yang cukup sinonim dengan mesin yang tahan lasak ini.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, ke semua model Suzuki untuk pasaran Malaysia akan di import terus dari Jepun. Mungkin lebih mahal kali ini…Keputusan menutup operasi kilang pemasangan Suzuki di Perai, Pulau Pinang itu di ambil akibat prestasi hambar dengan menyaksikan penurunan hampir separuh di mana hanya 8,000 unit motosikal sahaja di produksikan berbanding 2013.


Tidak hairan jika peratusan unit pengeluaran kurang jika pihak Suzuki sendiri tidak melakukan Branding Awereness dan kurang mengeluarkan model yang mengikut arus trend ketika ini. Malah untuk melihat promosi jenama ini di media sosial pun kurang.. Sesuatu yang pihak Suzuki terlepas pandang dan adakah itu puncanya?

Persoalannya, adakah harga jualan motosikal Suzuki akan kekal sama seperti sekarang walaupun di import sepenuhnya (CBU) dari Jepun? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) nanti.

I'm Big Fan Of Motorcycles

4 comments

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by the author.

Sangat menyedihkan..I sedang follow perkembangan pelancaran SV650A model 2016 di media social..takde update..Suzuki terus tenggelam di Malaysia..Come on Suzuki wake up!!!

Model Suzuki hebat tapi mungkin promosi tidak agresif jadikan tenggelam...


EmoticonEmoticon