Honda CB650F 2016 Di Lancarkan Di Indonesia

Honda CB650F 2016 Di Lancarkan Di Indonesia oleh PT Astra Honda dengan varian warna baru menarik iaitu Metal Gun Black Red. Sebenarnya varian warna baru CB650F ini bukannya baru di perkenalkan tahun ini. Honda sebenarnya telah pun memperkenalkan warna baru CBR650F dan CB650F 2016 pada Disember 2015 lalu.

Honda CB650F 2016 Di Lancarkan Di Indonesia

Honda CB650F 2016 merupakan salah satu model dari Honda yang mengunakan enjin 4 lejang, 4 silinder 600cc DOHC, sejukan cecair dan suntikan bahan api, spesifikasi yang cukup menarik namun harga yang di tawarkan adalah mampu milik. 

Dengan tagline dari Honda ‘your entry to Honda inline-4' anda harus bersetuju, ini adalah model yang anda perlukan sekiranya mahukan kuasa enjin 4 slinder yang mudah di kendalikan dengan gaya agresif.

Honda Malaysia telah membawa masuk model CB650F pada 2014 dengan harga asas cuma RM39,999. Boleh di katakan Honda CB650F adalah pesaing terdekat Benelli TnT600 yang merupakan model 600cc paling laris dan murah di pasaran Malaysia ketika ini.

Honda CB650F 2016 Di Lancarkan Di Indonesia

Tidak pasti samada Boon Siew Honda Malaysia akan membawa masuk varian warna baru CB650F 2016 ini, tetapi kami yakin sekiranya ianya di Malaysia, ianya cukup memikat...

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon