Naza N5R 250 Di Lancarkan, Harga Asas RM13,888

Sempena Merdeka Auto Fair Naza Group 2016, Naza N5R 250 Di Lancarkan, Harga Asas RM13,888 (tidak termasuk GST) oleh Naza Bikes Sdn. Bhd. hari ini di Naza Automall Petaling Jaya. Dengan trend Asia terkini yang lebih menumpukan mesin sportbike 250cc, Naza N5R adalah versi fairing penuh dari model naked street bike Naza N5.

Naza N5R 250

Naza N5R jelas menampilkan perbezaan dengan fairing penuh yang menempatkan sepasang lampu depan yang lebih nipis bergaya. N5R di datangkan dengan dua konsep berbeza iaitu versi True Sport dengan casis ringan berpretasi tinggi, manakala yang kedua adalah versi EZ-Suit yang membolehkan penunggang menukar posisi tunggangan dengan cara mengubah talaan bar hendal, ketinggian tempat duduk dan pemijak kaki.

Naza N5R 250

Menurut Ketua Jualan dan Pengedaran Naza Bikes, Tam Doon Wei " Naza N5 naked street bike pada mulanya di reka untuk memenuhi peningkatan permintaan peringkat awal pasaran motorsikal 250cc. Kini, berikutan kejayaan N5, N5R kini mengambil peluang di pasaran dengan menawarkan model yang mampu memberikan rasa lebih sporty dengan posisi tunggangan yang boleh di ubah dan fairing.

Naza N5R 250

Untuk model N5R Sport, fokus adalah untuk memberi elemen menunggang yang sporty dan mudah di kawal, ketinggian tempat duduk di naikkan sebanyak 20 mm, bar pemegang di turunkan sebanyak 30 mm dan kedudukan stand kaki di anjak 30 mm ke depan.

Naza N5R 250

" Naza N5R adalah motorsikal yang mesra pengguna dan seronok di tunggang, ia adalah sesuai untuk penunggang pelbagai peringkat, yang ingin mencelah jalan raya dengan mudah, meningkatkan keyakinan dan meningkatkan keupayaan tunggangan." Tambah Tan.

Naza N5R 250

Berkongsi spesifikasi yang sama dengan naked N5, Naza N5R dikuasakan oleh enjin 249cc satu silinder yang mampu menghasilkan kuasa 28ps pada 9,500 rpm dan 24.17Nm tork pada 7000 rpm, yang di padankan terus dengan transmisi gear enam kelajuan.

Naza N5R 250

Menggunakan casis jenis keluli ringan trellis tiub yang tegap di padankan dengan fork depan jenis teleskopik 37mm USD dan standart swingarm dengan monoshock jenis hidraulik gas di bahagian belakang, ianya menawarkan sensasi tunggangan yang stabil dan lincah.

Naza N5R 250

Kusa brek tidak perlu di ragui dengan angkup empat omboh di hadapan dan cakera 300mm dan cakera belakang 230mm dengan angkup dua omboh di belakang. Dengan berat kering Naza N5R hanya 143 kg, nyata Naza N5R lebih ringan daripada pesaing sekelas.

Naza N5R 250

Harga asas Naza N5R ialah RM13,888 (tidak termasuk GST). Dengan tag harga yang menarik, Naza Bikes berharap untuk mencapai sasaran pelanggan antara 18 hingga 45 tahun.
Naza N5R 250

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon