Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong setelah pengumuman mengejut dari Suzuki Assemblers untuk menutup operasinya di  Kompleks Perindustrian Prai Pulau Pinang 100 peratus baik dari segi pengeluaran mahu pun operasi.

Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Tinjauan mendapati kilang telah di kosongkan dan peralatan yang berkaitan telah mula di susun untuk proses lelongan.

Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Jika anda peminat permotoran dan Suzuki sudah pasti foto-foto yang di paparkan akan benar-benar akan membuatkan anda sayu bila melihat barangan di atur untuk sesi tinjauan kepada pembeli. Jadual lelongan sebenar telah pun berlangsung pada 7 Setember dan ia di buka pada jam 9 pagi.

Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Sewaktu pengumuman penutupan operasi kilang yang di buat pertengahan bulan lepas, ia adalah detik mengejutkan kepada semua komuniti permotoran Malaysia. Bayangkan sebuah kilang motorsikal yang tertua sejak tahun 1971 terpaksa mengalah dalam situasi perniagaan yang sangat mencabar kini.
Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Maklumat lanjut dari Suzuki Assemblers pada 23 Ogos lepas menyatakan mereka masih belum dapat mengesahkan 100 peratus. Sehinggalah produksi dan operasi di tamatkan sepenuhnya, kini Suzuki Assemblers hanya memberi tumpuan pada motosikal yang di import CBU sahaja.
Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Maka berakhirnya era pemasangan motor Suzuki ini tempatan. Ia benar-benar menyentuh hati. Jika di lihat peralatan seperti spanar dan pemutar skru, ia mungkin peralatan yang sama di gunakan untuk memasang model Suzuki RG Sport 20 tahun lepas. 
Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Peralatan ini patut di hargai dan sesiapa yang berjaya membidanya di harap dapat menyimpannya sebagai bahan memorabilia.
Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Antara peralatan yang akan di lelong ialah mesin-mesin kimpalan, pemampat udara, forklift, jek, alat pengukur, peralatan mekanik, perabot dan segala yang berkaitan. Kilang ini akan di kosongkan sepenuhnya dan kepada anda yang berpeluang ke sana, ia mungkin kali yang terakhir anda dapat lihat logo “S” itu.
Peralatan Kilang Motorsikal Suzuki Di Prai Mula Di Lelong

Jika anda biasa menonton siri seperti “Pawnstar”, peralatan dari lelongan seperti ini bernilai tinggi dari segi sejarah. Orang biasa mungkin tidak faham tetapi bagi mereka yang berjiwa motor, ia bukan sekadar kotak peralatan, ia adalah cebisan sejarah 40 tahun yang tak akan muncul untuk kali ke kedua. Sayonara Suzuki.... Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon