Ducati SuperSports 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Ducati SuperSports 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT Jerman dan model ini boleh di katakan antara tumpuan dan bintang yang menyerlah untuk pameran pemerdagangan terkenal di Eropah ini walaupun Ducati hanya meletakkan 1 saja model serba baru kali ini.

Ducati SuperSports S 2017

Ducati SuperSport kembali lagi tahun 2017. Seperti di jangka, Ducati SuperSport 2017 akan datang dalam dua model, model asas SuperSport dan model SuperSport S dengan specs lebih tinggi.

Ducati SuperSports S 2017

Kedua-dua model SuperSports menggunakan enjin v-twin 937cc, sejukan cecair berkuasa 113bhp sama seperti model Ducati Hypermotard 939. Ducati juga telah menggunakan casis terellis untuk SuperSport, yang kelihatan hampir sama pada model Ducati Monster.

Ducati SuperSport 2017

Jelas sekali, fairing depan rekaan dari model superbike Panigale itu. Tumpuan Ducati pada model SuperSport untuk menambah pilihan model jalanan yang sporty yang boleh pergi di trek perlumbaan, tetapi lebih baik untuk jalanan biasa, melayan selekoh-selekoh di pergunungan lebih menarik kan?

Ducati SuperSport 2017

Ducati berharap model SuperSport akan menjadi pilihan pada penunggang yang masih mencari sesuatu istimewa dalam kategori ini. Windscreen boleh di laraskan dengan tangan, dan lapu LED untuk perjalanan siang hari.

Ducati SuperSport 2017

Kedudukan penunggang duduk agak tegak, mungkin hendal clip-on lebih tinggi, manakala ketinggian tempat duduk adalah 31.8 inci, dan lean angle maksimum adalah 48 °. Tangki bahan api 4.2 gelen yang (16 liter) cukup untuk tunggangan lebih lama. 

Ducati SuperSport 2017

Sistem elektronik pada kedua-dua model Ducati SuperSport 2017 termasuk brek ABS, traction control system, three riding modes. Sementara itu, semua sistem suspensi adalah jenis boleh laras sepenuhnya.

Ducati SuperSport 2017

Sudah tentu, Ducati SuperSport mempunyai fork Marzocchi dan monoshock belakang jenis Sachs, manakala Ducati SuperSport S dengan unit Öhlins.

Ducati SuperSport 2017

Ducati SuperSport S juga mempunyai quickshifter up-and-down, yang boleh di tambah pada model asas SuperSport. Ducati SuperSport 2017 di datangkan dengan varian warna Merah/Kelabu, Merah/Hitam dan versi S datang dengan pilihan warna Merah/Matt, Hitam atau Putih.

Ducati SuperSport 2017

Harga Ducati SuperSports di Eropah adalah 10,995 pound atau RM58,000 untuk model SuperSports asas dan 12,295 pound (RM65,000) untuk model SuperSports S! Jangan harap nak murah di Malaysia....

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

masuk malaysia jadi 150k huahuahua


EmoticonEmoticon