Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT Jerman secara rasminya seperti yang di jangka setelah fasa terakhir CBR 1000RR 2017 di pandu uji, mesin adalah lebih ringan dan lebih kuat daripada sebelumnya, peningkatan sebanyak 14% dalam nisbah kuasa kepada berat dan juga mendapat suite penuh alat bantuan kawalan tunggangan elektronik.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

"Tetapi bagi Fireblade baru kami, kami mahu sesuatu yang luar biasa pada kawalan pengedalian dan kawalan mesin. Tujuan sebenar ia ditunggang - adalah untuk menikmati sesuatu yang tidak biasanya dialami dalam kehidupan seharian, sesuatu yang tidak dapat di atasi, "kata M. Sato, Ketua Projek CBR 1000RR SP 2017. "Untuk pergi ke peringkat Total Control seterusnya, kami telah menambah sistem kawalan elektronik untuk menyokong penunggang" tambah beliau.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 ini di lengkapi sistem elektronik penuh termasuk sistem kawalan cengkaman dan pengurusan enjin brek. Ianya juga mempunyai lima paksi unit pengukuran inersia (IMU), Ia berfungsi sebagai sistem kawalan cengkaman Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang menguruskan daya tarikan roda belakang melalui FI-ECU dan ride-by-wire throttle.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

ABS baru (juga di uruskan oleh IMU) menawarkan kawalan lif belakang (RLC) dan keupayaan dalam tunggangan keras, sudut brek selamat di selekoh. Bergantung kepada tetapan, setiap perbezaan ukuran antara kelajuan roda depan dan belakang juga akan mencetuskan sistem kawalan wheelie CBR ini.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Sistem elektronik Fireblade SP baru ini juga berfungsi dengan sistem suspensi Öhlins yang menyesuaikan kedua-dua mampatan dan pemulihan daya redaman pada sistem kawalan elektronik semi-aktif Öhlins (S-EC) pada fork depan 43mm NIX30 dan suspensi belakang TTX36. Ianya memberi maklumbalas yang cukup baik dan memberi standard baru dari segi pengendalian superbike.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 ini mampu menghamburkan kuasa 190bhp pada 13,000rpm dan 116Nm tork pada 11,000rpm. Fireblade SP juga di lengkapi dengan quickshifter yang di pasang sebagai standard, bersama dengan autoblipper dan slipper clutch. Secara keseluruhan, Fireblade 2017 ini 15 kilogram lebih ringan daripada sebelumnya.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Dengan pemasaan cam di semak dan dalaman di naik taraf, enjin 4 silinder sebaris Fireblade SP baru ini di reka bentuk untuk output lebih keras dan tinggi, dan mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi berbanding enjin sebelumnya.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Casis aluminium berkembar spar Fireblade SP di optimumkan untuk meningkatkan ketegaran dan mempunyai swingarm yang lebih keras. Subframe belakang lebih ringan, roda di reka semula dan brek Brembo dengan monobloc, radial-mount 4-piston calipers, yang pasti Fireblade SP lebih stabil ketika dalam pecutan tertinggi dan kawalan di selekoh.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Paparan instrumen digital Fireblade SP dari jenis TFT LCD yang mempunyai tiga mod (Street, Circuit dan Mechanic) menyediakan semua maklumat yang di perlukan oleh penunggang untuk kegunaan tertentu dan jenis mod menunggang.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Lengkap dengan lampu LED pada depan dan taillamp, Bodywork lebih ramping dan agresif dengan warna tri colour, Fireblade SP baru ini mempunyai daya tarikan luaran dan kuasa yang mugkin terbaik ketika ini.

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Honda CBR 1000RR Fireblade SP 2017 di jangka di pasaran dunia pada Mac 2017 dan bagi model Fireblade SP2 pula pada Mei 2017. Harganya masih TBD... namun untuk model sebaik ini sudah pasti ianya bukan murah...

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon