Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017 Dengan Tambahan Extra "R"

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017 Dengan Tambahan Extra "R"? pelik bunyinya tapi jika anda perasan model sebelum ini hanya ZX-10R saja, jadi untuk 2017 ianya menjadi ZX-10RR dan itulah maksud extra"R" dan Kawasaki ZX-10RR 2017 ini sudah pasti di naiktaraf dengan lebih hebat untuk terus menjuarai litar dan jalanan.

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017

Tetapi ianya adalah edisi terhad! itulah peraturan untuk menyertai World Superbike di mana Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017 adalah model khas homologasi dan hanya 500 unit akan di buat untuk tatapan umum. Bagi menyerlah prestasi seperti tambahan extra "R" pada namanya, Kawasaki mengambil model ZX-10R sedia ada, dan menaik taraf beberapa komponen pada enjin, casis di laras semula, termasuk sistem elektronik turut di naik taraf.

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017

Enjin Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017 mengunakan kepala silinder yang di ubahsuai, lengkap dengan lift yang lebih tinggi pada camshaft, crankcases juga di perkukuhkan untuk ketahanan. Tappets enjin di salut dengan Diamond Like Coating (DLC) bagi mengurangkan geseran dan kehausan mekanikal.

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017

Lengkap dengan roda aluminium Marchesini 7 bilah untuk pengendalian yang lebih baik dan pengurangan berat badan. Brek Brembo M50 angkup di tambah, bersama-sama dengan groveed Brembo rotor dan radial master cylinder untuk prestasi brek lebih baik. Untuk sistem elektronik, Kawasaki telah menambah Kawasaki Quick Shifter (KQS) baru yang mempercepatkan perubahan tukaran gear atas dan bawah - pasti di gemari para kaki lumba.

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017

Paling penting walaupun, Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017 mendapat unit enam paksi pengukuran inersia (IMU) untuk kawalan cengkaman lebih maju dan bantuan kawalan lain seperti kawalan brek enjin, kawalan pelancaran, dan kawalan selekoh melalui sistem ABS.

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017

Pelengkap pakej Kawasaki ZX-10RR 2017 adalah warna "Winter Test" livery, yang kita lihat team Kawasaki gunakan sebelum ini, hanya warna Matt Black, tetapi jika ianya adalah fibre carbon mesti lebih hebat kan?...

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2017

Tidak pasti harganya kerana masih belum di umumkan, bagi peminat Superbike sejati ini adalah mesin juara yang anda cari. Mesti pening nak pilih CBR 1000RR Fireblade ke ZX-10RR...

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon