Kawasaki Z900 Dan Z650 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Kawasaki Z900 Dan Z650 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT seperti yang di umumkan oleh Kawasaki Europe dan dua model ini merupakan rekaan serba baru dengan spesifikasi terkini yang pasti akan menambat perhatian peminat Kawasaki dan penunggang baru seperti mana kejayaan yang pernah di kecap dengan model Z800.

Mari kita dengan lebih dekat Kawasaki Z900, apakah kehebatan yang di sajikan Kawasaki pada senjata baru ini. Di kuasakan enjin 4 lejang, 4 silinder sebaris 948cc, ianya bukan versi naik taraf dari enjin Z800 sekarang, tetapi dari enjin Z1000 yang di kecilkan kepada 948cc dengan fokus utama kemudahan pengendalian di samping kuasa hebat yang lancar.

Kawasaki Z900 2017

Dengan casis trellis dan suspensi mantap, anda boleh lihat Z900 di lengkapi dengan brek cakera berkelopak yang telah di uji lebih cekap kuasa berhenti. Kedudukan pelana 794mm, berat keseluruhan Z900 ialah 210kg, Z900 ini di lihat lebih ramping banding Z800 yang di lihat lebih gemuk dan padat. Secara keseluruhan Kawasaki Z900 seolah versi lebih baik dari Z800 dengan kuasa dan daya pengendalian lebih baik.

Mari kita lihat Kawasaki Z650 pula, adakah ianya versi naik taraf ER6N sejak sekian lama? Di kuasakan dengan enjin 4 lejang 2 silinder sebaris DOHC 8 injap dengan kerangka trellis dan swingarm baru yang ringan. Enjin juga di tala semula bagi mendapat kuasa kuda yang lebih tinggi dan lembut.

Kawasaki Z650 2017

Berat bersih keseluruhan Z650 ialah 187kg. Rekaan kerangka baru ini lebih ringan sebanyak 15kg untuk menjadikan mudah di tunggang penunggang baru yang mahu beralih pada model 600cc ke atas. Berbanding Z800 dan Z900, bar hendal Z650 lebih lebar, pelana setinggi 790mm dan posisi pemijak dan posisi tunggangan lebih tegak untuk keselasaan.

Kedua-dua model Kawasaki Z900 dan Z650 2017 sudah pasti mampu menambat pasaran dunia dan mungkin juga di Malaysia jika harganya sesuai dan berkemampuan, anda setuju?

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon