KTM RC390 2017 Hadir Dengan Rekaan Grafik Lebih Garang

KTM RC390 2017 Hadir Dengan Rekaan Grafik Lebih Garang dan adakah ini sediki kekecewaan pada peminat KTM ada khabar angin menyatakan KTM 390 Duke akan di naik taraf serta rekaan lebih agresif tetapi KTM RC390 hanya akan mendapat grafik baru bagi 2017.

Tidak perlu tergesa-gesa kerana KTM RC390 hadir selepas setahun Duke 390 di pasarkan dan pasti KTM RC390 akan di naik taraf dengan lebih baik untuk 2018, walapun versi sedia ada ini sudah cukup bagus dari segi kuasa dan pengedalian sebenarnya.

KTM RC390 2017

Gambar yang di dedahkan ini mengesahkan bahawa bukan saja KTM RC390 menerima grafik baru, tetapi KTM RC200 dan KTM RC125 juga akan mendapat hanya perubahan kepada grafik untuk model tahun 2017. 

Ini adalah menarik kerana bagi 2017, KTM menumpukan permulaan reka bentuk baru bagi model, dengan kemas kini lebih visual untuk debut di EICMA pada bulan November ini.

KTM RC200 2017

Maklum balas dari seluruh dunia menyatakan unit lampu adalah salah satu rekaan yang kurang menarik pada KTM RC390 ini, dan ianya pasti akan mendapat sentuhan rekaan semula untuk lebih garang dan hebat.

Tetapi bukan hanya rekaan grafik saja untuk 2017, untuk bonus, setiap model RC 2017 dapat dua susun atur ekzos yang berbeza, dengan RC390 dan RC125 berkongsi setup ekzos kanister biasa, manakala RC200 masih dengan rekaan ekzos underslung.

KTM RC125 2017

Kita akan lihat bagaimana pameran di EICMA pada November ini adakah KTM RC390, RC200 dan RC125 seperti dalam gambar.

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

assalamualaikum bos harga dia brapa?


EmoticonEmoticon