MV Agusta F3 RC 2017 Di Kemaskini Lebih Prestasi Dan Gaya

MV Agusta F3 RC 2017 Di Kemaskini Lebih Prestasi Dan Gaya sesuai dengan gelarannya 'Reparto Corse' World Supersport-replika yang akan di keluarkan dalam jumlah yang terhad - hanya 350 unit akan di hasilkan untuk pasaran seluruh dunia. F3 RC telah teliti dan di kemaskini dan fokus kepada prestasi berbanding sebelum ini, seiring dengan imejnya yang agresif.

2017 MV Agusta FC R3

Enjin tiga silinder untuk model MV Agusta F3 RC 675 kini menghasilkan 128bhp pada 14,400rpm dan 71Nm tork pada 10,900rpm, manakala enjin model MV Agusta F3 RC 800 mempunyai 148bhp pada 13,000rpm dan 88Nm tork pada 10,600 rpm, enjin 3 silinder sebaris ini mempunyai rev yang cukup tinggi bagi bersaing dengan enjin 4 silinder sebaris 600cc. 

2017 MV Agusta FC R3

Kedua-dua varian F3 RC mendapatkan sistem MVICS baru yang telah di kemaskini (Motor & Vehicle Integrated Control System), dengan sistem pendikit Ride-By-Wire, Traction Control System 8 peringkat dan multiple riding modes, bersedia untuk nikmati sensasi tunggangan dan kawalan ala perlumbaan Supersports.

Casis model MV Agusta F3 RC sememangnya unik, dengan tiub keluli terellis ringam yang di padankan dengan plat sisi aloi aluminium dan swingarm jenis single side masih tidak berubah dan inilah trademark MV Agusta, manakala sistem monoshock dari jenis Sachs dan suspensi depan Marzocchi depan telah di naikkan dan di tala dan di optimumkan semula untuk kestabilan kelajuan tinggi. 

2017 MV Agusta FC R3

Menurut MV Agusta, nisbah tinggi, panjang lengan ayun untuk jarak roda RC kini (576,5 / 1380mm) bagi memastikan cengkaman maksimum dan pengagihan berat F3 RC lebih sempurna terutama ketika melalui selekoh panjang dan pendek, lebih lincah dari sebelum ini.

2017 MV Agusta FC R3

Demi semestinya bagi mengekalkan DNA perlumbaan, MV Agusta F3 RC baru ini lengkap dengan grafik replika perlumbaan sama seperti F3 RC yang di tunggang Jules Cluzel dan Lorenzo Zanetti di kejuaraan WSS, ini yang paling menarik, tanggalkan cermin sisi dan mudguard belakang MV Agusta FC R3 ini dan ianya siap sedia untuk berlumba di litar! hebat kan...

2017 MV Agusta FC R3

Setiap model terhad F3 RC ini mendapat tandatangan dua penunggang WSS MV Agusta pada panel sisi. Single seat cover, stand paddock dan bike cover juga termasuk dalam pakej aksesori. Segalanya nampak hebat dan sempurna bagi model 2016, dan mungkin MV Agusta F4 baru menunggu giliran di EICMA Milan bulan depan?

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon