Suzuki GSX-R250 2017 Di Kesan Di Indonesia

Suzuki GSX-R250 2017 Di Kesan Di Indonesia? ya itulah yang di sahkan seperti 2 gambar yang di pertontonkan dari sebuah blog automotif. Ini suatu perkembangan menarik scene automotif dua roda di Asean.

Malahan gambar yang anda lihat sekarang adalah selari dengan gambar paten rekabentuk terakhir Suzuki GSX-R250 2017 yang sebelum ini telah di patenkan di Australia.

Suzuki GSX-R250 2017 Di Kesan Di Indonesia

Mari kita lihat dengan lebih dekat spesifikasi model terbaru 250cc ini, lihat sahaja fairing utamanya yang sememangnya hampir mirip seperti model GSX-R1000, malahan susun atur lampu utama juga mirip model itu tetapi dengan lampu yang lebih besar.

Tidak pasti kongfigurasi enjin GSX-R250 ini, tetapi ianya seolah hampir pasti di kuasakan enjin dwi silinder 250cc DOHC sejukan cecair dengan suntikan bahan api dengan 6 gear kelajuan. Casis sudah pasti jenis terelis tiub tetapi fork depan dari jenis teleskopik biasa.

Suzuki GSX-R250 2017 Di Kesan Di Indonesia

Berapa kuasa kuda? Anggarkan sahaja sekitar 40hp ke atas setara mesin sportbike 250cc yang lain. Tidak pasti bilakah Suzuki GSX-R250 ini akan di lancarkan, tetapi dengan kemunculan di negara jiran ini pasti ianya bukan lagi omongan kosong dan mungkin Oktober ini bakal pelancaran rasmi?

Untuk melihat GSX-R250 di lancarkan di Malaysia pasti tipis setelah penutupan rasmi kilang Suzuki di Prai sebelum ini. Namun pasti pengimport bebas akan membawa masuk GSX-R250 sebagai model CBU. Harganya anda pasti dapat anggarkan...

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon