Yamaha MT-10 SP Bakal Kuasai Kelas Streetfighter 2017

Yamaha MT-10 SP Bakal Kuasai Kelas Streetfighter 2017 dan ini pasti walaupun hanya beberapa bahagian dan komponen di pertingkatkan spesifikasi, Yamaha MT-10 SP adalah salah satu mesin yang menarik di INTERMOT baru-baru ini selain Yamaha MT-09 yang tidak kurang hebat ketika pameran di Jerman itu.

2017 Yamaha MT-10 SP

Ini kerana Yamaha MT-10 SP di reka khusus secara langsung untuk benar-benar bersaing penuh dalam kelas streetfighter dari jenama Eropah - sesuatu yang pasti tidak di gemari Aprillia, Ducati dan pastinya KTM.

2017 Yamaha MT-10 SP

Seperti yang kita ketahui Yamaha pakar memberikan visual yang hebat pada model mereka, mungkin hanya Ducati yang mampu bersaing dari segi ini, lihat saja model Yamaha R6 baru, ringkas tapi memukau seperti Ducati Panigale.

2017 Yamaha MT-10 SP

Yamaha MT-10 SP walaupun adalah mesin rekaan Jepun sepenuhnya namun prestasinya adalah hampir setanding seperti Super Duke R, Tuono V4 1100, dan model lain. Untuk meletakkan setaraf ini, Yamaha telah menambah suspensi jenis Öhlins. quickshifter juga telah di tambah, turut di tambah sistem assist & slipper clutch.

2017 Yamaha MT-10 SP

Ini seakan naik taraf yang mudah kepada Yamaha MT-10 SP, tetapi hakikatnya sebelum ini mesin-mesin keluaran Jepun agak kurang di lengkapi komponen hebat dan berprestasi tinggi seperti Öhlins, mungkin untuk mengelakkan kenaikkan harga jualan mendadak di samping memberikan prestasi yang minimum, tetapi kini persaingan sengit dari mesin Eropah kini mengubah persepsi Yamaha sendiri.

2017 Yamaha MT-10 SP

Tidak lengkap menyentuh prestasi enjin dengan engkol Crossplane pada 4 silinder sebaris yang di ambil terus dari Yamaha R1 ini, dengan 160hp terhasil pada kebuk pembakaran, sudah pasti pembeli baru sukar ketepikan MT-10 SP ini dengan kuasa kuda dan komponen hebat, kami pun akan berfikir model ini dengan serius jika di beri peluang. Pakej lengkap yang sukar di ketepikan.

2017 Yamaha MT-10 SP

Akn mula di pasaran Eropah pada bulan Februari 2017, persoalan biasa sudah pasti model ini tak akan di pasang di Malaysia? MT-09 boleh juga di pertimbangkan sebagai CBU, tapi model sehebat ini agak rugi jika tidak di bawa masuk, harga mungkin persoalan, bagaimana pula dengan anda?

2017 Yamaha MT-10 SP

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon