Yamaha YZF-R6 2017 Akan Di Lancarkan Di INTERMOT Jerman?

Yamaha YZF-R6 2017 Akan Di Lancarkan Di INTERMOT Jerman? Mungkin ya kerana dalam beberapa bulan dalam tahun ini, beberapa tanda-tanda bahawa Yamaha telah bersiap sedia untuk melancarkan model Supersports 600cc baru. Dengan Yamaha YZF-R1 telah pun menerima pembaharuan 2 tahun lalu, kini adalah masa untuk Yamaha YZF-R6!

Yamaha YZF-R6 2017

Ini pasti bukan cakap kosong kerana Yamaha sendiri telah menyiarkan video teaser di laman web dan akaun media sosial. Namun video ini sedikit di tapis daripada memberikan terlalu banyak maklumat, dengan kita hanya melihat seorang penunggang di sekitar trek perlumbaan.

Yamaha YZF-R6 2017

Soundtrack video ini di penuhi dengan bunyi deruman mesin multi-silinder, jelas ianya adalah enjin empat silinder, dengan flat plane crankshaft yang sedang di rev dengan cukup tinggi.

Yamaha YZF-R6 2017

Ini memberikan kita petunjuk yang meyakinkan bahawa Yamaha supersport pasti akan di lancarkan pada 4 Oktober, hari pertama di sidang akhbar pameran perdagangan Intermot di Cologne, Jerman.

Yamaha YZF-R6 2017

Jika andaian ini adalah betul, Yamaha tidak memberikan R6 dengan enjin baru engkol Crossplane, seperti R1. Ini kerana kekurangan konfigurasi Crossplane pada Yamaha YZF-R6 2017 akan membuatkan  perbezaan reka bentuk antara R6 dan YZF-R1. Pengeluar akan bergelut untuk menjual supersports 600cc apabila penawaran superbike 1000cc mereka hanya sedikit lebih mahal, tetapi menawarkan lebih kuasa dan teknologi.


Masa akan menentukkan adakah Yamaha YZF-R6 2017 ini akan kembali merampas takhta kelas Supersports dari Kawasaki ZX-6R yang merajai jalanan dan litar kini... INTERMOT pasti akan jadi tumpuan hebat peminat Yamaha dan dunia automotif dua roda pada 4 Oktober ini!

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon