Yamaha YZF-R6 2017 Di Lancarkan Di AIMExpo Orlando Florida

Yamaha YZF-R6 2017 Di Lancarkan Di AIMExpo Orlando Florida dan ini satu kejutan kerana Yamaha seolah akan melancarkan R6 baru ini di INTERMOT Jerman baru-baru ini.

2017 Yamaha YZF R6

Ianya perubahan yang cukup besar seperti YZF-R1M, Yamaha mendakwa bahawa kecekapan aerodinamik R6 baru telah meningkat sebanyak 8 peratus, peningkatan yang ketara yang menjadikannya motosikal pengeluaran yang paling aerodinamik yang pernah di buat oleh syarikat ini.

2017 Yamaha YZF R6

Kowling depan di reka semula, dan ianya mirip model MotoGP Yamaha M1! dengan lampu utama di tepi, signal jenis LED di gabung dengan cermin sisi. Ekor dan seat belakang di reka semula bersama subframe dari jenis die-cast magnesium.

2017 Yamaha YZF R6

Walaupun mengunakan powerplant yang sama, R6 di sokong traction control system dengan 6 kawalan, ada lagi Yamaha’s D-Mode System yang menawarkan 3 pemetaan tindak balas pendikit yang berbeza, electronic quick-shifter pula hanya sebagai peralatan aftermarket pilihan.

2017 Yamaha YZF R6

Suspensi dan brek R6 juga jenis baru, menerima unit fork depan USD KYB 43mm - sebelum ini 41mm dengan gandar 25mm sama seperti R1 yang memberikan kawalan brek ke dalam selekoh dengan lebih jitu.

2017 Yamaha YZF R6

Tangki bahan api aluminium mampu menampung 2.7 pound petrol dengan rekabentuk membenarkan lutut lebih rapat ke dalam hasil dari subframe casis yang lebih ramping ringan, faktor utama aerodinamik R6 ini. 

2017 Yamaha YZF R6

Panel instrumen baru mengekalkan meter takometer analog yang di gabung bacaan TCS ke dalam panel info LCD.

2017 Yamaha YZF R6

Yamaha YZF-R6 2017 di tawarkan dalam tiga warna yang berbeza - Intensity White / Matte Silver, Matte Raven Black, dan Team Yamaha Blue - dan akan di jual pada harga $ 12,199 atau RM51,333.32... bukan harga yang menerujakan tapi gaya dan prestasinya...

2017 Yamaha YZF R6

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon