KTM 250 Duke 2017 Di Dedahkan

KTM 250 Duke 2017 Di Dedahkan sebagai model serba baru. Dan apa yang menarik model ini tidak akan di tawarkan di India dan juga pasaran Eropah. KTM 250 Duke telah di bangunkan secara eksklusif untuk pasaran Asia Tenggara sahaja!

2017 KTM 250 Duke

Dari segi reka bentuk, KTM 250 Duke di inspirasikan daripada barisan model terkini Duke 2017 yang pelbagai. 250 Duke oleh KTM akan sama dengan model 125 Duke, 200 Duke, dan 390 Duke. Semua empat model ini akan berkongsi casis dan badan panel biasa untuk mengekalkan kos di dalam pengeluaran.

2017 KTM 250 Duke

KTM 250 Duke 2017 di kuasakan enjin satu silinder, sejukan cecair 248.8cc. Enjin ini menghasilkan 29.5bhp, 1.5bhp kurang daripada model sebelumnya? dan di padankan dengan kotak gear 6-kelajuan. KTM telah memasukkan klac Pasc antihopping untuk meningkatkan sensasi menunggang.

2017 KTM 250 Duke

Malangnya, KTM tidak memasukkan konsol instrumen skrin sentuh, bersama-sama dengan lampu LED dan taillamp. 250 Duke tidak mendapat ciri-ciri baru yang seperti yang di sertakan pada 390 Duke 2017. Yang menghairankan, KTM 250 Duke 2017 dapat ekzos rekaan baru pula... pening juga diaorang ni...

2017 KTM 250 Duke

Harga KTM 250 Duke 2017 belum di muktamadkan oleh pihak KTM sendiri, so jangan tanya harga lagi, KTM baru saja tunjuk model serba baru ni. Walaupun ada kekurangan sedikit dari model sebelumnya tetapi tak menjejaskan prestasi, apa pun kita tunggu pengumuman rasmi KTM 250 Duke 2017.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon