Mampukah Suzuki 150cc Bersaing Di Pasaran Asean?

Mampukah Suzuki 150cc Bersaing Di Pasaran Asean? mungkin tidak sehangat finalis gegar vaganza 2016 tetapi pasti menjadi persoalan di kalangan peminat permotoran apabila anak syarikat Suzuki di Indonesia iaitu Suzuki Motor Corporation PT Suzuki Indomobil Motor (SIM) telah melancarkan model motosikal baru bagi rantau ASEAN - GSX-R150 dan GSX-S150.

Sejauh manakah kedua model ini mampu pergi jauh di pasaran Asean dengan Suzuki sendiri sebelum ini akui permintaan untuk model bawah 250cc kurang ketika ini, sehinggakan Suzuki menutup operasi di Malaysia. Kedua-dua motosikal baru ini telah di dedahkan di Indonesia Motorcycle Show yang diadakan di Jakarta, Indonesia dari 02-06 November 2016.

Walau bagaimanapun, untuk memenuhi pelbagai rangkaian keperluan pengguna, sportbikes kapasiti kecil seperti GSX-R150 dan GSX-S150 di perkenalkan untuk meningkatkan kehadiran jenama di rantau ASEAN.

Mampukah Suzuki 150cc Bersaing Di Pasaran Asean?

Suzuki akan menghasilkan GSX-R150 dan GSX-S150 di kilang SIM dan akan di lancarkan dalam pasaran domestik Indonesia pada awal tahun 2017, dan di susuli dengan pelancaran di rantau Asean, di Malaysia mungkin akan di import?...

Suzuki GSX-R150 adalah satu model serba baru dalam supersport siri GSX-R. Di kuasakan oleh satu silinder 147.3cc sejukan cecair, empat injap DOHC yang di pasang dengan casis padat.

Keyless Ignition System (di tawarkan untuk model gred tinggi) dan Suzuki Easy Start System, yang membolehkan penunggang untuk hanya membuat satu tolak permulaan dan bukannya berkali-kali untuk menghidupkan enjin. Suzuki GSX-S150, model serba baru versi nakedbike, juga menggunakan enjin yang sama.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon