Rossi Terkejut Tengok Mat Rempit Malaysia?

Rossi Terkejut Tengok Mat Rempit Malaysia? Ya itulah yang di nyatakan bekas pelumba MotoGP 250 Malaysia iaitu Shahrol Yuzy apabila lagenda MotoGP Valentino Rossi terkejut melihat gelagat Mat Rempit ketika beliau berada di Malaysia.

Rossi Terkejut Tengok Mat Rempit Malaysia

Menurut Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang juga pemilik pasukan Yuzy Pachie Honda Racing, juara dunia sembilan kali itu pernah terserempak dengan aksi-aksi Mat Rempit sejak beberapa tahun lalu dan Rossi memang terkejut dengan apa yang di lihat oleh beliau.

Menurut Shahrol yang sudah lama mengenali Rossi sejak bersama berlatih di Barcelona dan ketika bertanding di kejohanan perlumbaan di Eropah, Rossi selalunya akan keluar untuk berhibur di Kuala Lumpur selepas perlumbaan di MotoGP Sepang.

Rossi Terkejut Tengok Mat Rempit Malaysia

Kali pertama Valentino Rossi melihat Mat Rempit Malaysia ketika beliau sedang keluar ke ibukota dan sekumpulan Mat Rempit telah menunggang dengan laju di kiri kanan keretanya.
Saya lihat beberapa motosikal tanpa penunggang, ujarnya berjenaka kepada Shahrol selepas melihat Mat Rempit sedang melakukan aksi Superman di atas motosikal mereka. Itu cara mereka menunggang di sini, jawab Shahrol kepada Rossi sambil menerangkan apa itu Mat Rempit.
Rossi kemudian berkata beliau tidak berani melakukan aksi yang sama, baik di dalam litar atau di atas jalanraya kerana ia bukan tabiat menunggang yang selamat. 

Rossi Terkejut Tengok Mat Rempit Malaysia

Shahrol kemudian berkata penunggang motosikal di Eropah lebih berdisiplin dan mereka tidak mengamalkan tabiat menyelit di celah-celah kenderaan.
Penunggang motosikal di Eropah sanggup menunggu di belakang kenderaan lain dan tidak mencilok, terang Shahrol.
Shahrol memgaku bahawa majoriti penunggang di Eropah membawa motosikal besar dan beliau berharap penunggang di Malaysia dapat menghentikan tabiat menyelit di antara kenderaan.
Penunggang di Malaysia sepatutnya menghargai keselamatan, ujar beliau yang hadir dalam forum Pusara Di Jalanraya: Sampai Bila anjuran Karangkraf.
Menarik juga pendapat beliau, cuma mungkin ada kesilapan sedikit kerana sebenarnya, kebanyakan negara Eropah membenarkan amalan menyelit di antara trafik untuk motosikal dan skuter. Di Itali, negara Rossi sendiri, skuter dibiarkan menggunakan laluan kecemasan untuk melepasi lampu trafik dan juga untuk menyelit di mana-mana.

Rossi Terkejut Tengok Mat Rempit Malaysia

Jerman juga membenarkan penunggang motosikal menyelit, tetapi hanya apabila trafik dalam keadaan terhenti. Di Amerika Syarikat, negeri California juga membenarkan motosikal menyelit dengan selamat di antara kenderaan. Sumber : Careta

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far

ni kalau mat rempit baca.. bangga nak mampos diaa.. malam minggu lompat² la dia atas moto bwat supermann


EmoticonEmoticon