Honda Dan Grab Bakal Realisasikan Perkhidmatan GrabBike Di Malaysia?

Honda Dan Grab Bakal Realisasikan Perkhidmatan GrabBike Di Malaysia? seperti yang telah di tandatangani oleh Honda dalam satu memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat perkongsian kenderaan Grab, untuk memulakan perbincangan ke arah kerjasama perkhidmatan perkongsian motosikal, khususnya di Asia Tenggara. Dan ianya kerjasama pertama melibatkan syarikat motosikal Honda dan GrabBike.

Honda Dan Grab Bakal Realisasikan Perkhidmatan GrabBike Di Malaysia

Honda adalah pengeluar motosikal terbesar di dunia, manakala GrabBike adalah aplikasi perjalanan Grab dengan perkongsian motorsikal yang kini aktif di bandar-bandar besar yang sesak dengan trafik, di mana motosikal adalah mod pengangkutan yang lebih cepat daripada kereta.

Ia kini beroperasi di Bandar Raya Ho Chi Minh dan Hanoi di Vietnam, Bangkok Thailand dan Jakarta Indonesia. Dan mungkin selepas ini di Malaysia memandangkan kesesakkan di sekitar Lembah Klang juga agak teruk. Tidak banyak informasi yang di ketahui setakat ini lagi, dan sumber rasmi dari Honda hanya mendedahkan sedikit mengenai kerjasama ini. Menurut Honda,
Honda dan Grab akan bekerja bersama-sama dan berusaha untuk merealisasikan perkhidmatan mobiliti baru dalam bidang perkongsian dengan menjalankan inisiatif eksperimen di Asia Tenggara semasa menggunakan sumber kedua-dua syarikat.
Rangkaian barisan model dan perkhidmatan jualan Honda adalah teras kepada perkongsian baru ini dengan Grab yang di miliki warga Malaysia berpusat di Singapura. Selain itu, Honda akan bekerjasama bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar melalui penggunaan telematik dan teknologi lain dan usaha untuk mengurangkan pelepasan CO2.
Kerjasama untuk pelbagai kawasan kini dalam perbincangan, dan termasuk penjualan motorsikal kepada pemandu Grab
Menurut jurucakap Grab memberitahu TechCrunch. Cadangan juga supaya kerjasama ini merancang membuka cawangan Honda dan divisyen empat roda Grab di masa akan datang. Dengan perkhidmatan Uber yang di lihat berjaya di Malaysia di samping kemampuan Jana Pendapatan Uber secara sambilan tidak mustahil Jana Pendapatan GrabBike pasti menjadi pilihan selepas ini bagi warga Malaysia. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon