Honda Rebel 500 2017 Di Lancarkan

Honda Rebel 500 2017 Di Lancarkan tetapi hanya untuk pasaran Amerika sahaja? kami fikir model ini untuk pasaran seluruh dunia... berkonsepkan bobber-style cruiser di lengkapi dengan casis agak asas tiub keluli, enjin silinder berkembar selari 471cc 8-injap sejukan cecair dengan suntikan bahan api, ianya sememangnya model yang egronomik dan santai.

Honda Rebel 500 2017

Enjin 471cc Honda Rebel 2017 baru ini (di pinjam dari CBR 500R) menghasilkan 45nm tork dan 45bhp. Kotak gear adalah jenis unit 6-kelajuan dan Honda menyatakan bahawa sistem ekzos 2-1 menghasilkan bunyi yang padat dengan kuasa penghantaran tork yang lebih jitu.

Honda Rebel 500 2017

Sistem fork depan dari jenis 41mm di depan, suspensi berkembardengan spring boleh laras di bahagian belakang dan swing arm tiub keluli. Lengkap dengan rim aluminium cast 16 inci, tayar depan 130/90  dan belakang 150/80, manakala kuasa berhenti di kendalikan oleh brek cakera tunggal depan 264mm brek tunggal di depan dengan 2-piston caliper. 

Honda Rebel 500 2017

Dua sistem ABS adalah standard. Honda Rebel 2017mempunyai tangki minyak 11 liter, dengan berat kering 190kg.

Honda Rebel 500 2017

Walaupun tidak begitu bergaya, berkuasa atau berteknologi tinggi, kita pasti Honda Rebel masih mempunyai potensi untuk mendapat peminat baru. 

Honda Rebel 500 2017

Terdapat dalam warna hitam, perak dan merah, Honda Rebel 2017 itu telah di pertontonkan di Long Beach International Motorcycle Show di California.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon